Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diukir

Puisi
 

Terang bulan bagai diukir,
     Tupai mengusik bunga durian;
Sebarang perbuatan habiskan fikir,
     Tidak menyesal hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, adakah ayat berikut betul? Permukaan kayu belian licin tetapi kayu ini mudah diukir? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir"

Tatabahasa07.03.2022
Salam sejahtera tuan, merujuk kepada soalan yang diajukan pada 7-3-2022, jawaban yang diberikan oleh pihak tuan adalah seperti berikut. Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" Pertanyaan saya ialah adakah ia boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu belian? Bukankah ia merujuk kepada orang yang sama fungsi seperti dia?

Dalam ayat "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" perkataan “ia” boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu, “ia” dalam konteks ayat ini menggantikan benda/subjek yang dibicarakan.  

Lain-lain18.03.2022
Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih.Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan  sedikit waktu lagi untuk menjawabnya.Istilah25.10.2010
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023

Kembali ke atas