Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnya | Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 06.11.2010 |
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2. | Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
'Petua-petua ini merupakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan yang sangat praktikal.' Adakah kedua-dua 'langkah' dan 'petua' dalam ayat di atas harus diulangi? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana perkataan tersebut boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Soalan 1. Yang manakah lebih gramatis: Langkah 1 hingga 3 diulang secara menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. ATAU Langkah 1 hingga 3 diulangi dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 2. Yang manakah lebih gramatis: Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. ATAU Larutan dididihkan dan dibiarkan menyejuk. | 1. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 2. Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. | Tatabahasa | 15.10.2015 |
apakah kata ganti nama paling sesuai untuk binatang.Dia atau ia? | Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Bolehkah pihak DBP memberikan penerangan tentang penggunaan kata hubung 'atau'? 1. Bei Ling suka membaca buku atau membaca komik? 2. Bei Ling suka membaca buku atau komik? Adakah perkataan 'membaca' harus diulangi sekali lagi atau kedua-dua ayat ini adalah benar? Terima kasih. | Tuan, 1. Perkataan “atau” tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. 2. Ayat yang betul ialah “Bei Ling suka membaca buku atau komik?”
| Tatabahasa | 28.05.2019 |
Asalamualaikum, Soalan pertama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang menyeragamkan kepala surat (letter head) seluruh negara. Adakah perlu atau mesti diletakkan tanda koma (,) pada setiap baris ayat ( contoh seperti dibawah). Soalan kedua, adakah perlu diulangi perkataan Kastam Diraja Malaysia selepas Ibu Pejabat atau Ibu Pejabat Kastam sahaja dan soalan ketiga, mana yang betul 'Diraja" atau "Di Raja' atau 'di Raja' atau'Di raja' atau 'DiRaja'. Contoh kepala surat:- JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, IBU PEJABAT KASTAM DIRAJA MALAYSIA, CAWANGAN KOMUNIKASI AWAM, ARAS 7, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN, NO. 3, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, 62596 PUTRAJAYA, MALAYSIA. Tetima kasih atas nasihat tuan. | Saudara, 1. Tanda koma perlu diletakkan di setiap baris alamat dan diakhiri dengan tanda titik. 2. Perkataan Kastam Diraja Malaysia yang merupakan nama penuh organisasi digunakan sepenuhnya 3. Perkataan 'Diraja' dieja bersambung, iaitu sebagai satu perkataan. | Lain-lain | 06.08.2009 |
Apakah kata ganti nama bagi binatang jika "IA" dan "DIA" tidak boleh digunakan? | Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang. | Tatabahasa | 18.07.2020 |
1) Tapak yang mempunyai nilai arkaeologi banyak ditemui di Kedah, Pahang dan Sarawak. 2) Tapak yang mempunyai nilai arkaeologi banyak ditemui di Kedah, di Pahang dan di Sarawak. Ayat manakah yang lebih gramatis? Perlukah kata sendi nama 'di' diulangi sebelum setiap unsur tempat yang berturutan? | Berdasarkan Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "di" tidak perlu diulang seperti ayat yang pertama. | Tatabahasa | 12.06.2020 |
Salam dan selamat pagi, Saya nak tanya... Perlukah kita mengulang perkataan di bahagian depannya?Ayat contoh 1: Dia menanam bunga raya, bunga mawar, bunga orkid dan sebagainya. Ayat contoh 2: Dia menghasilkan kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek kentang dan lain-lain. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu diulangi kata nama tersebut pada setiap kali menyatakan jenisnya yang dinyatakan secara berurutan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |