Yang mana lebih sesuai untuk diungkapkan: "Kami mengambil tindakan tanpa rasa gentar" atau "Kami mengambil tindakan tanpa rasa takut" | Perkataan gentar sinonim dengan takut. Oleh itu, kedua-dua ayat yang saudara kemukakan itu boleh betul dan boleh digunakan. | Istilah | 10.07.2009 |
Salam sejahtera, baru-baru ini frasa "the most vulnerable group" sering diungkapkan berkaitan dengan keadaan COVID-19. Namun, apakah padanan kata yang sesuai untuk kata "vulnerable" dalam konteks ini? Sekian, terima kasih. | Perkataan vulnerable boleh membawa pelbagai maksud, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. Namun, kami mencadangkan penggunaan istilah kumpulan paling berisiko sebagai padanan bahasa Melayu bagi most vulnerable group, iaitu kelompok individu yang mudah diserang penyakit (bidang Kejururawatan) | Istilah | 05.04.2020 |
"Menangani masalah sosial" Adakah "menangani" bermaksud "mengusahakan" dalam konteks ini seperti yang diungkapkan dalam Kamus Dewan? Sepanjang pengetahuan saya, "menangani" dalam konteks ini membawa maksud "mengatasi". | Antara maksud menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, atau mengusahakan, contoh ayatnya; pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Secara literalnya kata menangani dalam contoh ayat yang diberi boleh difahami/diberi makna sebagai mengatasi tetapi makna tersebut belum ada dirakam dalam Kamus Dewan, oleh itu makna yang paling hampir ialah mengusahakan. | Makna | 19.07.2008 |
Selamat sejahtera, Betulkah ayat ini? Abang saya bersekolah sama dengan saya di SK Bukit Baru. Terima kasih. | Ayat yang diberi lazimnya diungkapkan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis, Saya dan abang saya bersekolah di SK Bukit Baru. | Tatabahasa | 15.09.2016 |
Soalan ini tentang nama sejenis alat tulis. Sila rujuk dokumen yang dilampirkan. Terima kasih. | Tidak ada nama khusus untuk bekas tersebut, lazimnya diungkapkan sebagai bekas pensel atau bekas pen. | Lain-lain | 15.11.2012 |
3.10.2015 Assalamualaikum. saya ingin bertanya, apakah kesalahan bagi ayat ini? "Ia ialah sejenis makanan ikan bersama kentang goreng tetapi disini yang ingin diungkapkan ialah hidup yang senang dan mewah. Terima kasih. | Waalaikumussalam, Untuk makluman, ayat yang diberikan tidak gramtis dan maksud yang ingin disampaikan juga tidak jelas. | Tatabahasa | 03.10.2015 |
salam . apakah perkataan berlawan buncit | Untuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
(a) Adakah kata kerja "menangani" boleh membawa maksud "mengatasi", misalnya dalam konteks menangani gejala sosial? Berpandukan Kamus Dewan, kata tersebut yang bermaksud "mengatasi" tidak diungkapkan. Dan, adakah kata ini terjemahan daripada kata bahasa Inggeris "to handle" (the social problem)? (b) Kata nama terbitan bagi "berhijrah" ialah "penghijrahan", "melibatkan" ialah "penglibatan", dan "melihat" ialah "penglihatan" Mengapakah kata nama terbitannya bukan "perhijrahan", "pelibatan", dan "pelihatan"? | Maksud pertama menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan, seperti contoh: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Berpandukan keterangan itu, frasa menangani gejala sosial, adalah betul, menangani di situ bemaksud mengusahakan (sama seperti contoh ayat dalam Kamus Dewan) dan terjemahan ini boleh digunakan untuk to handle the social problem. Kata terbitan perhijrahan juga ada dan membawa maksud perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan. Sekian. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka? | Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan Karyawan | Lain-lain | 13.06.2007 |