| Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu? 2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah. 3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan. 4. Wartawan melaporkan kejadian yang mengorbankan lapan belas orang. Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu? 2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah. 3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan. 4. Wartawan melaporkan kejadian yang telah mengorbankan lapan belas orang. | Tatabahasa | 19.08.2021 |
| Earmarked - penggunaan perkataan sesuai untuk gantian dalam Bahasa Melayu | Kami mencadangkan istilah earmark atau earmarked diterjemahkan sebagai "tertindik" atau "diuntukkan". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.08.2022 |
| Salam. "allocate" mengikut PRPM bermaksud menguntukkan, mengagih-agihkan. Konteks ayat saya adalah berkenaan dengan allocation of land. Antara yang perlu saya terjemahkan adalah ayat di bawah: "(b) where the value of any interest or share in land or lot allocated to a beneficiary is less than the value of the share in the estate ..." Apakah padanan yang sesuai bagi "allocated" pada ayat di atas? adakah "diuntukkan"? Satu lagi, boleh kah allocation diberi padanan "peruntukan"? Apakah sebenarnya beza antara penguntukan dan peruntukan. Saya dapati, allocation boleh juga digunakan padanan "peruntukan" (PRPM-"allocation") | Padanan yang sesuai untuk perkataan "allocated" dalam ayat di atas ialah “diuntukkan” kerana perkataan “diuntukkan” memberi pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, perkataan “allocation” boleh diterjemahkan sebagai “peruntukan” yang membawa maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll.) yang ditetapkan (ditentukan). Perbezaan penguntukan dan peruntukan adalah seperti yang berikut: - -Penguntukan: proses menguntukkan atau menentukan sesuatu - -Peruntukan: perihal atau hasil bagi sesuatu yang telah ditentukan
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2020 |