Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diutamakan

Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih.Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita.  Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Lain-lain13.02.2011
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan harus diutamakan kepada jemputan atau ketua di organisasi tersebut? contohnya, tetamu tersebut hanya berpangkat biasa tetapi ketua tersebut berpangkat professor di sesebuah iptSebagai pengacara sapaan atau kata alu-aluan haruslah menyebut  jawatan tertinggi dahulu, tidak kira beliau dari pihak organisasi itu sendiri atau pun dari pihak tetamu yang dijemput. Secara protokolnya sapaan atau alu-aluan menyebut jawatan tertinggi dan seterusnya ke bawah.Lain-lain05.08.2016
kata alu-aluan kepada siapakah yang perlu diutamakan? tetamu kehormat atau ketua di organisasi tersebut? adakah perlu mengikut jawatan dan pangkat tidak kira beliau tetamu atau ketua di organisasi tersebut. terima kasih.Kata alu-aluan biasanya ditujukan kepada orang kenamaan yang menjadi tetamu (dipanggil tetamu kehormat) kepada majlis di sesebuah organisasi. Biasanya kata alu-aluan ini dibacakan oleh ketua organisasi yang mengadakan majlis itu untuk menyambut tetamu kehormat tersebut.Lain-lain03.08.2016
Adakah kosa kata bahasa melayu kurang dari segi istilah ekonomi menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris diutamakan dalam urusan perniagaan?Untuk makluman tuan terdapat sejumlah 36,351 istilah dalam bidang ekonomi khusus tidak termasuk istilah yang berkaitan dengan bidang ekonomi seperti kewangan. JUmlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil untuk menidakkan penggunaannya dalam bidang ekonomi kerana pengguna mempunyai pelbagai pilihan istilah bergantung pada konteks penggunaannya. Apa yang berlaku berkemungkinana pengguna tidak mengetahui istilah yang ada dan kami juga tidak menafikan perkembangan dunia global yang pesat membangun terutamanya dalam bidang ekonomi memungkinkan pelbagai istilah baharu dicipta dalam bahasa sumber (bahasa Inggeris) yang belum ada padanan dalam bahasa Melayu.Lain-lain14.08.2013
Penterjemahan BahasaSemakan kami terhadap baris yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: "Ketiadaan nama dalam maklum balas SB diutamakan dan dijamin oleh SB sistem dalam talian. Jawapan akan dirahsiakan dan tidak boleh dikesan oleh pesertaPenyemakan dan penterjemahan26.05.2014
Assalamualaikum, saya ingin bertanya sekiranya terdapat percanggahan antara tatabahasa dewan dengan kamus pelajar edisi kedua terbitan dbp sendiri ,yang mana satu perlu diutamakan?

Waalaikumussalam. Untuk makluman tuan/puan, buku Tatabahasa Dewan memberikan pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu; ketatabahasaan (hal) yg berkaitan dgn tatabahasa. Kamus pula menyenaraikan kata dengan memberikan huraian makna kata.

Oleh itu, Tatabahasa Dewan akan dirujuk sekiranya ada percanggahan dalam hal yang berkaitan dengan tatabahasa.
Lain-lain16.07.2017
Assalamualaikum... Saya ingin kepastian antara tentang frasa contoh perkataan dan perkataan contoh. Manakah yang lebih gramatis? contoh perkataan atau perkataan contoh?Kedua-dua frasa betul, bergantung pada perkataan mana yang hendak diutamakan sama ada contoh perkataan atau perkataan contoh, sama seperti contoh rumah dan rumah contoh.Tatabahasa21.11.2012
adakah perkataan personal telah boleh digunapakai seerti dengan peribadi. adakah ia bahasa inggeris @ telah dimelayukan?Padanan dalam bahasa Melayu bagi personal ialah peribadi, bermakna penggunaan personal tidak digalakkan kerana penggunaan istilah dalam bahasa Melayu diutamakan.Istilah10.05.2010
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka?Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.Tatabahasa22.11.2014
Selamat Tengahari & Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta bantuan dari pihak DPB untuk membuat terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. “Safety First, Quality Always” Ianya adalah slogan untuk Polisi Keselamatan dan juga Polisi Kualiti syarikat kami yang berdaftar di Malaysia.
Berikut merupakan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi slogan “Safety First. Quality Always”:(1)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Berterusan”
(2)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Berkekalan”
(3)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Sepanjang Masa”
(4)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Dijaga”

Tuan boleh memilih mana-mana cadangan padanan slogan dalam bahasa Melayu yang di atas bergantung pada kesesuaian polisi yang pihak tuan ingin maklumkan kepada pelanggan.
Makna19.06.2017
1234

Kembali ke atas