Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diutarakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penerangan perbezaan kata bilangan segala dan setiap. Ayat yang manakah lebih sesuai. 1.Segala masalah boleh diutarakan sekarang. 2.Setiap masalah boleh diutarakan sekarang. Terima kasih.Segala bermaksud semua dan setiap bermaksud satu-satu daripada banyak. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa08.05.2014
Saya ada satu soalan untuk diutarakan berkaitan penggunaan perkataan BARU dan BAHARU. Saya dapati terdapat banyak iklan-iklan di televisyen sekarang menggunakan perkataan BAHARU. Adakah penggunaanya betul? Setahu saya BAHARU meruapakan perkataan lama yang sudah digantikan dengan perkataan BARU dan BAHARU digunakan untuk ibu negeri Johor iaitu Johor Baharu. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya utarakan ini. Terima Kasih.Pengguna atau penutur bahasa Melayu kadang-kadang terkeliru tentang penggunaan kata baharu dan baru. Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. 6. Kami sekeluarga sedang menonton drama kesukaan ramai, Dunia Baharu Anita. Setiap penutur boleh sahaja memberikan tafsiran tentang asal usul sesuatu perkataan itu. Mungkin dalam hal ini, saudara boleh mendapatkan Kamus Etimologi dan Kamus yang ditulis oleh Wilkinson untuk melihat tentang pembinaan sesuatu perkataan atau ejaan itu. Ejaan untuk Johor Baharu yang diguna pakai sekarang ini ialah Johor Bahru. Terima kasih.Makna29.10.2008
Soalan saya mengenai perkataan "(em)punya" dan diutarakan dalam fail yang dilampirkan.Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Namun begitu, saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan dan melayari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel.Tatabahasa04.06.2014
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Tuan/Puan, Di sini terdapat satu pertanyaan yang ingin diutarakan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Saya merupakan pelajar jurusan komunikasi dan pengajian media (Penerbitan) dan bakal tamat pengajian pada tahun ini. Selepas itu, saya berminat untuk menyambung kerjaya dalam bidang penerbitan dan DBP adalah salah satu peluang kerjaya saya. Soalan saya, adakah terdapat email rasmi untuk menghantar resume ataupun resume hanya boleh dihantar sekiranya terdapat kekosongan jawatan di DBP Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa. Permohonan ke jawatan kosong di DBP perlu dibuat melalui SPA.Lain-lain06.05.2015
Jalam ME Seksyen 2/2Sila beri soalan yang jelas untuk kami memahami maksud tuan dan menjawab persoalan yang diutarakan. Terima kasih.Lain-lain27.03.2019
salam 1Malaysia, apakah perkataan "dalam" ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan perkataan lain/ayat lain (jika ada) Ini bermakna, bidang kompetensi porfesional guru yang paling banyak mencapai tahap kompetensi yang tinggi ialah pengetahuan guru dalam kandungan mata pelajaran. tqAyat yang diutarakan tidak jelas dari segi makna.


Ini bermakna, kompetensi profesion guru yang paling banyak mencapai tahap kompetensi yang tinggi ialah pengetahuan guru terhadap kandungan mata pelajaran.
Tatabahasa02.05.2015
salam...saya ingin bertanya...sekiranya soalan menuju kepada ciri-ciri...adakah jawapannya dalam kata adjektif sahaja? sekian, terima kasih.Ciri-ciri merujuk sifat yang hampir sama atau keadaan khusus yang membezakan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain. Oleh itu, ciri-ciri tidak semstinya adjektif bergantung pada kehendak soalan yang diutarakan. Untuk soalan peperiksaan seelok-eloknya tuan merujuk guru yang berkaitan.Tatabahasa11.08.2015
Salam sejahtera, pihak DBP. Saya baru sahaja mempelajari tentang Sintaksis dan masih keliru untuk memisahkan subjek dan predikat dalam satu ayat panjang atau ayat majmuk. Diharapkan pihak DBP boleh memberi tunjuk ajar memisahkan subjek dan predikat dalam 4 ayat berikut: 1. Kajian perbualan (conversational analysis) menumpukan perhatian kepada faktor-faktor perhubungan di antara manusia dalam masyarakat. 2. Kajian yang seperti ini juga dikenali sebagai ethnografi percakapan (ethnografi of speaking), yang pertama kali diutarakan sebagai cabang linguistik yang tersendiri oleh Dell Hymes. 3. Kajian ini berpokok pangkal pada pendapat bahawa penwujudan sesuatu percakapan itu ditentukan oleh siapa yang bercakap dengan siapa dan apa yang dipercakapkan. 4. Jika kajian yang seperti ini dilakukan dalam masyarakat, maka bolehlah diwujudkan peraturan percakapan (rules of speaking) dalam masyarakat berkenaan.1. Kajian perbualan (subjek) menumpukan perhatian kepada faktor-faktor perhubungan antara manusia dalam kalangan masyarakat (predikat) 2. Kajian yang seperti ini juga (subjek) dikenali sebagai etnografi percakapan yang pertama kali diutarakan sebagai cabang linguistik yang tersendiri oleh Dell Hymes (predikat) 3. Kajian ini (subjek) berpokok pangkal pada pendapat bahawa pewujudan sesuatu percakapan itu ditentukan oleh siapa yang bercakap dengan siapa dan apa yang dipercakapkan (predikat). 4. Jika kajian yang seperti ini dilakukan dalam masyarakat (subjek) maka bolehlah diwujudkan peraturan percakapan dalam masyarakat berkenaan (predikat)Tatabahasa06.10.2017
saya ingin bertanya, adakah maksud dalam Kamus Dewan Edisi ke-empat mengatasi bahagian Istilah dalam PRPM? Terdapat banyak kecelaruan dalam PRPM sehinggakan mengelirukan pengguna. Bila PRPRM akan mengemas kini masukan dalam PRPM?Salam sejahtera,

Kamus Dewan merakamkan daripada aspek makna seperti dalam edisi cetak mengikut tahun cetakan. Dalam PRPM yang mengandungi istilah terdiri daripada istilah sumber, istilah Indonesia, Brunei dan Malaysia mengikut bidang yang dikemas kini sekiranya terdapat pembaharuan. Kekeliruan yang timbul oleh pengguna bahasa boleh diutarakan sebagai penambahbaikan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.02.2019
Adakah perkataan 'rejuvenasi' telah diterima dalam Bahasa Melayu? Bolehkah dikatakan 'merejuvenasi perjuangan'? Terima kasih.Perkataan rejuvenasi tidak diterima dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, rejuvenate diberikan tiga (3) makna dalam Kamus Dewan, iaitu 1. mempermuda (berkaitan kulit); 2. memberikan nafas baru kepada; 3. menjadikan balik muda (dalam geografi). Mengikut konteks penggunaan yang diutarakan, memberikan nafas baru kepada perjuangan lebih sesuai.Tatabahasa12.09.2018
12

Kembali ke atas