Assalaamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam ramadhan Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istiliah berikut: 1. Diversity management 2. Job assigned 3. Procedural injustice 4. Distributive injustice Sekian dan terima kasih. | 1. Diversity management = Pengurusan Kepelbagaian 2. Job assigned = Serahan Tugas 3. Procedural injustice = Tatacara/Prosedur Ketidakadilan 4. Distributive injustice = Agihan Ketidakadilan | Makna | 20.05.2019 |
Boleh saya mendapatkan terjemahan bagi perenggan berikut? "By 2030, ensure that all learners acquire the knowledge and skills needed to promote sustainable development, including, among others, through education for sustainable development and sustainable lifestyles, human rights, gender equality, promotion of a culture of peace and non-violence, global citizenship and appreciation of cultural diversity and of culture’s contribution to sustainable development." | Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.02.2017 |
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |