Apa beza penggunaan "diwarisi" dan "diwariskan"? Boleh beri contoh sekali? Terima kasih. | Salam sejahtera, Apitan di-...-kan dan di-... -i ialah bentuk pasif bagi men-.. -i. Ayat yang menggunakan apitan ini perlu diikuti perkataan "oleh" . Contoh: Azman sangat dimanjai oleh datuknya. / Sebuah basikal dihadiahkan oleh Pak Osman kepada Ahmad. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 202-208. | Tatabahasa | 25.12.2019 |
mencari pembayang pantun | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.03.2009 |
Definisi Pembelajaran Tradisional | Pembelajaran Proses/kegiatan untuk memperoleh ilmu pengetahuan bersifat tradisi yang diwarisi daripada orang/sistem terdahulu. | Makna | 16.10.2009 |
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya. | Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India. Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka. | Makna | 29.08.2019 |
1. Setiap etnik dan subetnik pasti mahu menggunakan dan "mengekalkan" dialek dan bahasa masing-masing sebagai sesuatu yang perlu diwarisi dan diperturunkan kepada generasi yang seterusnya. 2. Memang tidak ada masalah untuk "mengekalkan" bahasa dan budaya masing- Kata kerja masing. adakah mengekalkan merupakan kata kerja? kata kerja transitif aktif? | Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Dalam konteks ayat yang diberikan, "mengekalkan" ialah kata kerja aktif transitif kerana kata kerja (mengekalkan) mempunyai frasa nama (dialek dan bahasa) untuk melengkapkan maksud. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Saya mahasiswa Y.I.U ingin bertanyn apakan mahna pantun . dan contoh pantun berkait. | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupamu tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri , Kepayang tumbuh di dalam dulang ; Dagangan indah tidak terbeli , Sayang sungguh nyawanya hilang. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat; Bagus rupa bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Pahar cerek sudah teratur, Cawan mangkuk sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran. Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
| Tatabahasa | 06.11.2013 |
Saya Halimah Musek sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin DBP, tanya apakah maksud pantun berkait itu ,terimaksih | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupamu tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri , Kepayang tumbuh di dalam dulang ; Dagangan indah tidak terbeli , Sayang sungguh nyawanya hilang. Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu. | Lain-lain | 06.11.2013 |
apakah maksud dominan? | Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. | Makna | 02.01.2013 |
saya Yusra Tehtae,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertannya DBP,apakah maksut pantun berkait serta contohnya,terima kasih. | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupamu tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri , Kepayang tumbuh di dalam dulang ; Dagangan indah tidak terbeli , Sayang sungguh nyawanya hilang. Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu. | Sastera | 06.11.2013 |