Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diwartakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan untuk iPad, iPhone dan iPod telah diwartakan oleh penciptanya dengan huruf kecil di hadapannya. Kalau perkataan-perkataan itu berada di hadapan ayat, bagaimanakah pula?Untuk makluman, jika sesebuah jenama itu telah diwartakan, maka ejaannya perlu dikekalkan walaupun kedudukkannya diletakkan di permulaan ayat.Ejaan16.12.2015
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
penamaan tempat yang sebenarnya telah diwartakan."Kawasan Perindustrian Temasya"Tatabahasa18.12.2013
1) Apakah istilah yang tepat bagi menggantikan perkataan Coaching & Mentoring? 2) adakah istilah berikut telah diwartakan oleh DBP; TULAR bagi menggantikan VIRAL; PASCA NILAI (POST MORTEM) dan SWAFOTO (SELFIE)1. Padanan bahasa Melayu bagi istilah coaching & mentoring ialah Bimbingan dan Pementoran

2. Untuk  makluman tuan, istilah tular, pascanilai dan swafoto merupakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan viral, postmortem dan selfie dan perkataan tular, pascanilai dan swafoto boleh digunakan.
Penyemakan dan penterjemahan05.01.2017
bandar raya atau bandaraya?Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Badaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sedemikian.Ejaan03.07.2012
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011"

Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.

Tatabahasa17.02.2011
Ejaan Sebenara bagi Daerah BentongBerdasarkan rujukan kami, Majlis Perbandaran Bentong dieja sedemikian, maka ejaan daerah Bentong adalah mengikut ejaan yang telah diwartakan.Ejaan15.11.2011
Mana satu perkataan yang boleh digunapakai dalam B.Malaysia sebenarnya KAMPONG atau KAMPUNG?Ejaan yang betul ialah kampung kecuali nama tempat yang telah diwartakan dengan ejaan Kampong.Tatabahasa08.04.2014
Tuan, apakah perbezaan antara 'Bandaraya' dengan 'Bandar Raya'? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah bandar raya. Bandaraya ialah kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Ejaan15.02.2012
1234

Kembali ke atas