Salam sejahtera tuan/puan. Mohon pengesahan/ penjelasan tuan/puan bagi perkataan yang bersesuaian berdasarkan situasi: 1) Doa Ketika Mendengar Petir atau Doa Ketika Mendengar Bunyi Petir 2) Doa Keluar Masjid atau Doa Keluar dari Masjid Terima kasih. | 1. Doa Mendengar Petir 2. Doa Keluar Masjid Lazimnya sesuatu tajuk termasuklah tajuk doa ditulis ringkas. Hal ini berbeza dengan ayat yang ditulis dengan binaan lengkap, seperti berdoa ketika mendengar petir dan berdoa ketika keluar dari masjid. | Tatabahasa | 15.09.2020 |
Selamat sejahtera, Biasanya kata hubung dan kata sendi nama apabila ditulis sebagai tajuk, digunakan huruf kecil bagi awal perkataannya. Namun, bagaimanakah pula dengan kata hubung komplemen [bahawa & untuk (tapi lazimnya "untuk" ditulis dengan huruf kecil)], kata hubung keterangan (sekiranya, apabila, ketika, sehingga, jika dan sebagainya) Cth: 1) Doa *apabila* Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu 2) Bacaan *ketika* dan Selepas Azan 3) Perkara *yang* Perlu Dilakukan *apabila* Bermimpi *tentang* Sesuatu *yang* Menakutkan 4) Doa *bagi* Mereka *yang* Waswas *dalam* Beriman 5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga Sekian, terima kasih. | Kata hubung dan kata sendi jika ditulis dalam tajuk perlulah ditulis dengan huruf kecil. Berikut ialah jawapan untuk contoh di atas: 1) Doa apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu. 2) Bacaan Ketika dan Selepas Azan (Ketika huruf K besar kerana tidak berfungsi sebagai kata hubung, kata hubung dalam ayat ini ialah dan). 3) Perkara yang Perlu Dilakukan apabila Bermimpi tentang Sesuatu yang Menakutkan. 4) Doa bagi Mereka yang Waswas dalam Beriman. 5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga. | Tatabahasa | 21.06.2021 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon bertanya apakah perkataan yang bersesuaian untuk situasi anak memperdengarkan hafalan doa, hadis dan zikir kepada ibu bapa. Adakah perkataan (hafalan atau hafazan) yang bersesuaian? 1) Perdengarkan (hafalan / hafazan) doa kepada ibu bapa 2) Perdengarkan (hafalan / hafazan) hadis kepada ibu bapa 3) Perdengarkan (hafalan / hafazan) zikir kepada ibu bapa Terima kasih atas perhatian pihak tuan/ puan. | Perkataan yang sesuai ialah hafazan. | Tatabahasa | 10.09.2020 |
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doa | Ejaan yang betul ialah Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 06.06.2012 |
1.Beliau memulakan mesyuarat itu dengan bacaan doa. 2.Hadiah di atas meja itu untuk anak kesayangannya. soalan;adakah ayat tersebut terbina daripada dua klausa? | Ayat tersebut terdiri daripada dua klausa. | Tatabahasa | 10.08.2008 |
Tuan, saya hendak menanyakan ayat songsang. Adakah ayat-ayat di bawah ini ialah ayat pasif susunan songsang? 1. Elok dibezakan penggunaan "baharu" dan "baru". 2. Dalam laman web rasmi ini, mesti digunakan bahasa bahasa Melayu. Adakah ayat-ayat di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (3) dan ayat (4) di bawah? 3. Penggunaan "baharu" dan "baru" elok dibezakan. 4. Dalam laman web rasmi ini, bahasa Melayu mesti digunakan. Saya selalu melihat penulis suka menggunakan ayat pasif susunan songsang yang mengandung kata kerja berawalan di- ini seperti dalam ayat-ayat contoh di atas. Bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Adakah ayat (5) di bawah ini ayat pasif susunan songsang? 5. Dipersilakan saudara Ali untuk membaca doa. Ayat (5) selalu digunakan dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolah saya. Adakah ayat (5) di atas berpunca daripada ayat pasif susunan biasa seperti dalam ayat (6) di bawah ini? 6. Saudara Ali dipersilakan untuk membaca doa. Sekadar ingin tahu. Terima kasih tuan! | Ayat aktif terdiri daripada: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Ayat pasif pula ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Ayat songsang pula apabila keempat-empat bentuk ayat aktif di atas diterbalikkan, iaitu Frasa Nama, Frasa Adjektif, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama yang berperanan sebagai pradikat atau keterangan ayat menjadi pemula ayat atau dikehadapankan sebelum objek. Contoh: Ayat aktif: Anjing itu mengejar kucing. Ayat pasif: Kucing itu dikejar anjing. Ayat pasif songsang: Dikejar anjing kucing itu Contoh: Ayat aktif: Adik saya comel. Ayat pasif : (Ayat ini tidak boleh menjadi ayat pasif kerana ayat pasif hanya bagi ayat yang mengandungi kata kerja.) Ayat songsang: Comel adik saya. Bagi ayat pertama dan kedua, memang betul ayat tersebut ialah ayat pasif susunan songsang daripada contoh ayat ketiga dan keempat. Begitu juga dengan ayat lima merupakan ayat pasif susunan songsang daripada ayat keenam. Terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2014 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan. 1) Apakah perbezaan selamat sejahtera dan selamat pagi? 2) Antara selamat sejahtera dan selamat pagi yang mana lebih baik di gunakan? 3) Apakah maksud selamat sejahtera dan selamat pagi? Sekian terima kasih. | 1. Selamat sejahtera ialah ucapan atau doa yang berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera. Manakala, ucapan selamat pagi ialah kata sapaan yang biasa diucapkan; "Selamat tengah hari", "Selamat malam", "Selamat petang" dan "Selamat pagi". 2. Kedua-dua ucapan tersebut biasa digunakan masyarakat kita, bergantung pada konteks penggunaan. | Lain-lain | 12.04.2013 |
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak | Perkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang. | Istilah | 14.10.2020 |
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih. | 1) beliau > be/li/au 2) berdoa > ber/do/a 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um 5) perempuan > pe/rem/puan 6) Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. haiwan > h/ai/wan tauladan > t/au/la/dan | Tatabahasa | 22.10.2019 |
1.Berikan contoh-contoh Kata Nama Khas Tumbuhan (buah/sayur/bunga) | 1"> 1. Perkataan “saudara” dalam ayat ditulis dengan huruf kecil contohnya, Majlis mempersilakan saudara Ali bin Abu untuk memimpin bacaan doa. 1"> 2. Prasa yang betul ialah Ucapan pengerusi majlis / Ucapan presiden ditulis dengan huruf kecil.1"> 1"> | Ejaan | 12.01.2020 |