Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.bi] | دوبي

Definisi : = tukang ~ orang yg kerjanya mencuci dan menggosok kain baju pelanggannya di rumahnya (tempatnya) sendiri, benara, be­natu, penatu; hantar ~ menghantar pakaian ke kedai dobi utk dibasuh dan digosok; berdobi telah dibasuh dan digosok oleh tukang dobi: semua pakaiannya ~; mendobi 1. membasuh dan menggosok pakaian orang (bkn tukang dobi): dia sudah lama bekerja ~; 2. = mendobikan; mendobikan menghantar pakaian utk di­basuh dan digosok oleh tukang dobi: Zakaria ~ semua pakaiannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.bi] | دوبي

Definisi : = tukang ~ orang yg kerjanya mencuci dan menggosok kain baju (pakaian). berdobi sudah dibasuh dan digosok oleh tukang dobi (bkn pakaian dll): Bajunya selalu bersih dan ~. mendobi membasuh dan menggosok pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dobi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pusat dobiPusat dobiLain-lain30.06.2008
Kedai DobiAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain13.12.2017
Mohon semakan ejaan jawi bagi perkataan di bawah:- KEDAI DOBI LAYAN DIRIEjaan Jawi bagi "KEDAI DOBI LAYAN DIRI" ialah کداي دوبي لاين ديري Lain-lain24.07.2023
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D? Jawapan yang diberi adalah C mencuci. Boleh tolong jelaskan mengapa jawapannya bukan D mencucikan. Apakah perbezaan dan bolehkah diberikan satu contoh ayat seperti di atas yang boleh menggunakan istilah mencucikan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewab Edisi Keempat maksud mencucikan:

mencucikan 1 mencuci utk orang lain.
manakala maksud mencuci:
mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian.

Contoh ayat untuk perkataan mencucikan:

Amin mencucikan baju abangnya yang sudah seminggu tidak dibasuh.
Lain-lain11.07.2014
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D?Jawapan  yang tepat ialah c. mencuci.Tatabahasa08.07.2014
SAYA NAK MOHON LESEN MENIAGA KEDAI DOBI, MAJIS SURUH SAYA AMBIL BORANG DI DBP UTK DI BAWA KE MAJLIS BANDARAYA, SAYA BARU PERTAMA KALI MAHU MOHON, JADI SAYA TAK TAHU SGT BOLEH TUNJUK AJAR SAYA. MACAM MANA SAYA NAK TAHU YG SAYA DAFTAR NI LULUSSila buat permohonan iklan untuk mendapatkan pengesahan iklan. Rujuk Panduan Pendaftaran untuk Daftar Akaun, dan Panduan Pelanggan untuk Daftar Iklan. Sila klik Daftar Permohonan, pilih Daftar Iklan. Masukkan keterangan yang diminta. Pilih PBT dan tekan Masuk PBT. Muat naik gambar mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Tekan Simpan. Buat bayaran RM10. Pihak kami akan memproses iklan tuan selepas bayaran diterima.Lain-lain15.06.2020
Permohonan pengesahan saya dengan tajuk "KEDAI DOBI TOBBY DOBBY" dengan teks dalam iklan "CUCIAN LAYAN DIRI 24 JAM" adalah tidak lulus tanpa memberi sebarang sebab dan cadangan. Bagaimana boleh saya membuat pembetulan sekiranya tiada sebab penolakan dan cadangan untuk pembetulan diberikan oleh pihak kamu?Permohonan tuan telah diluluskan, sila kembali kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa08.10.2015
MACAM MANA SAYA NAK BAGI LAKARAN KEDAI DOBI SAYA
Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my 
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Visual iklan perlu ditaip dan disimpan dalam format jpeg. atau gif. menggunakan komputer.

Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut.
Lain-lain15.06.2020
Saya ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi kain rentang iklan perkhidmatan dobi saya..bagaimanakah caranyaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya kHidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain30.05.2015
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin.Tatabahasa11.06.2021
12

Kembali ke atas