Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pe­ngajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum; ~ bedah doktor yg berkelayakan utk me­lakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajian­nya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pe­diatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor haiwan; kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak?

Salam sejahtera,

Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan  iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." 

Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa23.10.2012
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu?Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik).Tatabahasa18.11.2011
Apakah singkatan yang betul untuk: a) Doktor Perubatan b) Doktor Falsafah c) Doktor Kehormat Sekian, terima kasih.Ejaan singkatan yang betul ialah Dr. bagi ketiga-tiga kategori tersebut.Ejaan07.02.2012
1.Penggunaan 'r' dan 'R' untuk singkatan doktor perubatan dan doktr falsafah.( Dr. dan DR. )Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktorLain-lain10.04.2010
Apakah maksud doktor persuratanDoktor persuratan bermaksud anugerah khas yang diberikan kepada pemimpin/tokoh/individu yang memberi sumbangan besar terhadap negara.Makna16.10.2010
Sama ada istilah 'doktoral' boleh digunakan untuk menggambarkan ijazah di peringkat PhD atau Doktor Falsafah. Contoh ayat Universiti A menawarkan dua ijazah doktoral iaitu Doktor Falsafah dan Doktor Pentadbiran Perniagaan.Istlah yang digunakan ialah kedoktoran. Contoh:  ijazah kedoktoran.Istilah19.06.2008
Ayat manakah yang lebih tepat (atau kedua-duanya betul): a) Pekerjaan ayah saya seorang doktor. b) Pekerjaan ayah saya ialah seorang doktor. Terima kasih.Ayat yang betul ialah 1. Ayah saya ialah seorang doktor, 2. Ayah saya bekerja sebagai seorang doktor.Lain-lain26.05.2010
Adakah penggunaan perkataan 'dianugerahkan' pada ayat berikut ini betul? Pada 1990, Allahyarham pernah dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Allahyarham pernah dianugerahi Doktor Kehormat Pendidikan. Doktor Kehormat Pendidikan dianugerahkan kepada Allahyarham. Sila rujuk tatbahasa Dewan Edisi Baharu. Tatabahasa09.02.2008
1.Dia dpilih ialah kerana dia seorang doktor. 2.Dia dipilih adalah kerana dia seorang doktor. Penggunaan kata pemeri mana yang paling tepat.Kata pemeri tidak diperlukan dalam ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Dia dipilih kerana dia seorang doktor."Tatabahasa29.08.2013
apakah gelaran bagi doktor? Adakah Yang Berusaha (Y.Brs.)?Sapaan yang betul untuk Doktor ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana/kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Tatabahasa20.07.2010
123456

Kembali ke atas