Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak? | Salam sejahtera, Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu? | Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik). | Tatabahasa | 18.11.2011 |
Apakah singkatan yang betul untuk: a) Doktor Perubatan b) Doktor Falsafah c) Doktor Kehormat Sekian, terima kasih. | Ejaan singkatan yang betul ialah Dr. bagi ketiga-tiga kategori tersebut. | Ejaan | 07.02.2012 |
1.Penggunaan 'r' dan 'R' untuk singkatan doktor perubatan dan doktr falsafah.( Dr. dan DR. ) | Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. | Lain-lain | 10.04.2010 |
Apakah maksud doktor persuratan | Doktor persuratan bermaksud anugerah khas yang diberikan kepada pemimpin/tokoh/individu yang memberi sumbangan besar terhadap negara. | Makna | 16.10.2010 |
Sama ada istilah 'doktoral' boleh digunakan untuk menggambarkan ijazah di peringkat PhD atau Doktor Falsafah. Contoh ayat Universiti A menawarkan dua ijazah doktoral iaitu Doktor Falsafah dan Doktor Pentadbiran Perniagaan. | Istlah yang digunakan ialah kedoktoran. Contoh: ijazah kedoktoran. | Istilah | 19.06.2008 |
Ayat manakah yang lebih tepat (atau kedua-duanya betul): a) Pekerjaan ayah saya seorang doktor. b) Pekerjaan ayah saya ialah seorang doktor. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 1. Ayah saya ialah seorang doktor, 2. Ayah saya bekerja sebagai seorang doktor. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Adakah penggunaan perkataan 'dianugerahkan' pada ayat berikut ini betul? Pada 1990, Allahyarham pernah dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Allahyarham pernah dianugerahi Doktor Kehormat Pendidikan. Doktor Kehormat Pendidikan dianugerahkan kepada Allahyarham. Sila rujuk tatbahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 09.02.2008 |
1.Dia dpilih ialah kerana dia seorang doktor. 2.Dia dipilih adalah kerana dia seorang doktor. Penggunaan kata pemeri mana yang paling tepat. | Kata pemeri tidak diperlukan dalam ayat tersebut. Ayat yang betul ialah "Dia dipilih kerana dia seorang doktor." | Tatabahasa | 29.08.2013 |
apakah gelaran bagi doktor? Adakah Yang Berusaha (Y.Brs.)? | Sapaan yang betul untuk Doktor ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana/kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. | Tatabahasa | 20.07.2010 |