MAKNA DOKUMENTARI | dokumentari- tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yg memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dll): filem ~.
| Makna | 14.02.2008 |
Definisi : 1) Hiburan 2) Dokumentari 3) Majalah 4) Drama 5) berita Definisi : 1)Televisyen 2) Genre | 1. Hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda, dan sebagainya untuk menghiburkan hati. 2. Dokumentari bermaksud tayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat sebenar tentang sesuatu perkara. 3. Majalah bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto dan sebagainya. 4. Drama bermaksud karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV. 5. Berita bermaksud maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya. 6. Televisyen ialah penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen. 7. Genre bermaksud kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu. | Lain-lain | 17.04.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan penerbitan tele dokumentari dan tele drama? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 08.08.2010 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Bahasa Inggeris - character driven Contohnya ayat; Kebanyakkan skrip dokumentari mutakhir, menggunakan kaedah character driven di mana jalan cerita digerakkan oleh seseorang watak atau personaliti utama. | Kami mencadangkan perkataan character driven diterjemahkan kepada dorongan watak. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2015 |
adalah kata 'multi kebolehan' merupakan ungkapan yang betul jika digunakan dalam ayat (rancangan untuk dokumentari) contoh ayat - dia seorang yang multi kebolehan. | Multi- : awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin. cadangan: Pelbagai kebolehan atau kebolehan yang pelbagai. | Tatabahasa | 11.12.2008 |
maksud austrik dan filem. | Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1 | Makna | 24.12.2015 |
Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih. | Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih. Tidak jelas maksud BERDOMENTARI dalam tajuk pertandingan yang ditanya. Namun jika pertandingan pengucapan awam ini tentang kebitaraan sekolah secara dokumentari tajuk yang betul ialah PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM KEBITARAAN SEKOLAH BERDOKUMENTARI. | Tatabahasa | 31.12.2013 |
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara | DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta. Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html | Lain-lain | 29.07.2008 |
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video" | Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1. Video iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain. Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. | Istilah | 17.02.2018 |
Adakah video bermaksud sesuatu yang dirakam menggunakan perakam video shj?jika kita membuat satu tayangan contohnya untuk tujuan menerangkan satu proses dlm subjek biologi, tetapi menggunakan software flash. Adakah itu dipanggil tayangn video juga? | Ia tidak boleh dipanggil tayangan video kerana takrifan KD4 untuk kata 'video' ialah seperti yang berikut: ] (vidéo) 1. = alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayangkan dgn menggunakan alat video; Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb. | Lain-lain | 03.09.2009 |