Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu ter­bitan, dll), perbahanan: H.B. Jassin mem­punyai ~ sastera Indonesia yg lengkap; filem ~ Id filem dokumentari; mendokumentasikan mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; pendokumentasian usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men.ta.si] | دوکومنتاسي

Definisi : /dokuméntasi/ bukti atau keterangan (buku lama, surat khabar dll) yg terkumpul: ~ perkamusan yg tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka masih belum lengkap. filem ~ filem yg menunjukkan peristiwa-peristiwa yg berlaku dlm masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumentasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen.Makna01.08.2008
Assalamualaikum. 1. Adakah buku Sejarah Johor terdapat di pusat dokumentasi DBP KL? Jika ada, bagaimana caranya untuk saya meminjamnya tanpa perlu saya ke DBP? (Saya menetap di Johor Bahru)

Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami.

Lain-lain02.06.2011
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku?

Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu.

Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai)Carian Baru
 JUDUL ARTIKELPENGARANGMAJALAHKELUARAN 
Kerancuan bahasa dari perspektif IslamIbnu Ahmad Al-KurauwiDewan Masyarakat01/06/2006Terperinci
Kerancuan Bahasa IklanRusdi Abd. RahmanPelita Bahasa 01/11/2001Terperinci
Kerancuan Bahasa pada Papan TandaAsiah IdrisPelita Bahasa 01/11/2001Terperinci
Kerancuan dalam bahasa MelayuTeo Kok SeongJurnal Bahasa01/12/2006Terperinci
Kerancuan membunyikan e-taling dan e-pepet dalam bahasa MelayuMuhammed Salehudin AmanDewan Bahasa01/06/2004Terperinci
Usop Sontorian dan kerancuan bahasaSamat BuangPelita Bahasa01/12/1996Terperinci

Lain-lain24.03.2008
bagaimana jika saya hendak mendapatkan dan rujukan dari jurnal bahasa?

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan.

Lain-lain07.08.2010
ingin mendapatkan maklumat mengenai sejauh manakah bahasa melayu memainkan peranan dlm membentuk jati dri rakyat mlaysiaUntuk makluman sdr. banyak bahan tentang bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Melayu. Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan.Lain-lain13.05.2008
Dimana dan bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku Hikayat Sri RamaDi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP terdapat 2 koleksi Hikayat Sri Rama. Iaitu : 1.Hikayat Sri Rama Ikram, Achadiati Universitas Indonesia 1980. 2. Hikayat Sri Rama Ikram,Achadiati University of Illinois Press. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan jika hendak membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP .Lain-lain02.11.2007
panduan kertas kerja yang berkaitan dengan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua oleh penutur bukan melayu

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. Di Pusat Dokumentasi Melayu terdapat koleksi kertas kerja dan tesis berkaitan.

 

Lain-lain22.10.2010
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka.

Terima kasih atas soalan anda.

Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika  saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP

Lain-lain20.07.2010
1.adakah pihak dewan bahasa masih membuat penterjemahan buku (buku ilmiah khususnya)? 2.sekiranya saya ingin ke dokumentasi melayu untuk mencari buku2 berkaitan linguistik, adakah saya perlu mendaftar dahulu dengan pusat tersebut? 3. sekiranya dbp masih aktif menterjemah buku2 ilmiah khususnya, bolehkah pihak tuan memberikan senarai penterjemah yang masih aktif menterjemah buku2

1. Untuk makluman puan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi melakukan kerja-kerja penterjemahan. Fungsi penterjemahan telah diambil alih oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) yang lahir daripada Bahagian Penterjemahan di DBP suatu ketika dahulu.

2. Untuk menggunakan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di DBP, semua pelawat mesti mendaftar terlebih dahulu di kaunter PDM tingkat 3 Menara DBP. Pelajar IPT perlu membawa surat dari IPT untuk menggunakan PDM DBP.

3. Sila rujuk ITNMB.

Lain-lain21.01.2009
Adakah pperkataan 'suatu' boleh digunapaki dalam dokumentasi? Cth ayat: Jawantankuasa Pemandu adalah suatu Jawatankuasa yang akan... Mohon maklumbalas segera. Terima kasih

Suatu merujuk perkara yang belum pasti seperti ayat "Suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu". Jawatankuasa Pemandu dalam ayat yang diberi adalah pasti dan tidak perlu kata suatu lagi untuk menerangkannya. Ayat yang betul "Jawatankuasa Pemandu ialah jawatankuasa yang akan ...".

Tatabahasa08.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas