Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. of the home, rumah; (of electricity, water supply, etc) ke rumah: ~ chores, kerja-kerja rumah; ~ gadgets, alat-alat rumah; chemicals for ~ use, bahan kimia utk kegunaan rumah; different rates are fixed for ~ water supply, kadar bayaran yg berlainan dikenakan utk bekalan air ke rumah; 2. connected with family, rumah tangga: ~ problems, masalah rumah tangga; ~ responsibilities, tanggungjawab rumah tangga; 3. fond of home life, suka kehidupan di rumah; 4. of the home country, dlm negeri: for ~ consumption, utk kegunaan dlm negeri; ~ airline, syarikat penerbangan dlm negeri; the government’s ~ policies, dasar dlm negeri kerajaan; 5. (of animal) bela jinak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n also domestic help, pembantu rumah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata domestic


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Mohon pandangan perkataan bahasa Malaysia yang sesuai bagi perkataan "survivor" seperti dalam contoh "domestic abuse survivor". Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah survivor dalam domestic abuse survivor ialah penakat.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2023
Bantuan untuk Penterjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia Untuk Papan Tanda. - Rain Haversting Storage Tank Water & Domestic Storage TankUntuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "Rain Harvesting Storage Tank Water & Domestic Storage Tank" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk storage tank, iaitu tangki simpanan atau tangki penyimpan. Terjemahan yang dicadangkan ialah Tangki Simpanan Air Hujan dan Tangki Simpanan Domestik.Istilah11.03.2013
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak. Terjemahan asal : Child Exposure to Domestic Violence Scale. Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk "child exposure to domestic violence scale" ialah pendedahan kanak-kanak terhadap skala keganasan rumah tangga.Makna06.12.2021
Tolong terjemahkan istilah mengenai kucing ini: a) domestic shorthair cat b) Japanese bobtail c) colourpoint (warna bulu kucing) Harap dapat dijawab...Mohon maaf. DBP tidak memberi perkhidmatan penterjemahan.  Sila hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia atau Intitut Terjemahan dan Buku Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2014
Tuan/Puan, mohon pandangan kata dasar untuk penakat seperti dalam terma "penakat keganasan domestik" atau domestic violence survivor. Terima kasih.Kata dasar untuk penakat ialah takat.Lain-lain06.02.2023
Salam. Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai dan tepat bagi singkatan GCE (General Certificate of Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education), dan GDP (Gross Domestic Product). Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Walaikumussalam. Menurut data kami, GCE diterjemahkan sebagai Sijil Am Pelajaran (SAP); GDP diterjemahkan sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). GCSE tidak digunakan di Malaysia. Sijil peringkat sekolah menengah di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Namun begitu, kami mencadangkan padanan GCSE dalam bahasa Melayu ialah Sijil Am Pendidikan Menengah. Sekian. Terima kasih.Istilah15.09.2017
Questions: 1. Is DBP the main government body overseeing/ regulating all publishing activities in Malaysia? 2. What are the channels that are being used to promote Malaysian publications, both domestic and internationally? Thank you.
  • DBP bukan badan  utama yang mengawal semua aktiviti penerbitan di Malaysia.
  • Saluran yang digunakan untuk mempromosi bahan-bahan terbitan termasuklah pengedar, agen yang dilantik, serta badan seperti Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi urusan promosi dalam Pesta Buku di dalam dan luar negara.
Lain-lain14.12.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications."Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023

Kembali ke atas