Boleh saya tahu apa perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai untuk perkataan 'Printing Done' dan 'Printing In Process'? | "Printing Done" bermaksud selesai mencetak dan "Printing In Process" bermaksud dalam proses cetakan. | Makna | 28.01.2019 |
To who may concern, I were done the payment of dewan bahasa on 28-6-18 for the nombor pesanan : 180628197073606072, RM 30. Attached hereby with the receipt received from FPX. However, the status of the nombor pesanan still appear payment not yet done, please advice | Apabila disemak semua iklan dari pihak tuan, kebanyakannya iklan sedang disemak. Sila lampirkan No. permohonan iklan yang berkenaan agar pihak kami dapat mengesan iklan tersebut untuk pengesahan atau sila hubungi pihak kami dengan segera. Terima kasih. | Lain-lain | 03.07.2018 |
Good afternoon Sir, I done the adjustment and follow the wording provided at email "Pusat Percetakan". pls Kindy approve if no problem. thank you very much.. | Sila kemukakan iklan ini melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu e-Perkhidmatan, Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan Daftar terlebih dahulu. Tuan akan mendapat Kod Pengaktifan melalui e-mel. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Sistem Khidmat Pengesahan Bahasa dapat mengeluarkan sijil kelulusan bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 27.08.2013 |
Mohon semakan terjemahan Your purchase is done. You are all set. Pembelian anda telah selesai. Tahniah. Terima kasih | Terjemahan tersebut boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.03.2017 |
Bagaimana ayat yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Powerfully Thin. Faster Done: Start Fast and Finish First." Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan ialah Nipis dan Berkuasa. Lebih Pantas. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2016 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas penjelasan KNDBP bahawa perkataan figuratif bahasa Inggeris 'scapegoat' telah melalui proses peluasan makna dalam b.Melayu. Cambridge Learner's Dictionary mendefinisikan 'black sheep' sebagai "a person who has done something bad which brings embarrassment or shame to their family". Walau bagaimanapun, definisi ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan ataupun Kamus Inggeris-Melayu Dewan (2002). Definisi yang ada ialah 'kambing hitam' iaitu 'scapegoat'. SOALAN: Berdasarkan definisi dalam Cambridge Learner's Dictionary, Kamus Dewan, dan KIMD untuk 'black sheep', bolehkah saya katakan bahawa 'black sheep' telah melalui proses 'penyempitan makna' dalam penggunaan kata pinjamnya dalam b.Melayu? Terima kasih. | Untuk makluman saudara, ketika Kamus Inggeris - Melayu Dewan (KIMD) yang merupakan salah sebuah rujukan di DBP, disusun (diterbitkan pada tahun 1991) hanya terdapat makna kiasan bagi perkataan black sheep dalam kamus ekabahasa (bahasa Inggeris) rujukan, maka entri kata tersebut hanya memberi terjemahan makna yang ada. Walau bagaimanapun, jika berlaku penyempitan makna hanyalah pada entri bahasa Inggeris black sheep yang merupakan terjemahan daripada "kambing hitam". | Lain-lain | 05.11.2011 |
Assalamualaikum, Apakah terjemahan bagi istilah tahap kemasakan (doneness) bagi stik (steak) dalam bahasa melayu seperti yang tersenarai di bawah: Black and blue steak Rare stake Medium rare steak Medium steak Medium well steak Well done steak Terima kasih. | Boleh digunakan istilah tahap kemasakan. Belum terdapat lagi data istilah DBP, akan dicadangkan kepada JK Istilah. | Istilah | 27.07.2017 |
Apakah istilah yang tepat bagi lembaran-lembaran kerja yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan di rumah? Kerja sekolah ataupun kerja rumah? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, homework ialah 1. school work done at home, kerja /rumah, sekolah/; Dalam data kami, padanan homework ialah kerja rumah yang digunakan dalam bidang pendidikan. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Tuan/Puan, Adakah terdapat perkataan English 'pre-emptive' yang dimelayukan ke dalam bahasa Melayu. | Hanya satu data yang berkaitan dengan kata pre-emptive dalam sumber rujukan kami. Perkataan tersebut berfungsi sebagai kata adjektif, diterangkan sebagai done before others have chance to act, dan diterjemahkan kepada beli dahulu. Contohnya, shareholders are given a pre-emptive right to the new stock, pemegang saham telah diberi hak beli dahulu saham baru itu. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih. | Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut. | Istilah | 05.05.2020 |