1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita. | Berikut ialah jawapan yang betul: 1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3. Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan. | | Lain-lain | 22.03.2008 |
saya perlukan terjemahan bagi istilah-istilah berikut:- 1. inducement effect 2. production inducement coefficient 3. forward linkages 4. backward linkages | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut : i. kesan dorongan ii. pekali dorongan pengeluaran/penerbitan iii. rantaian/pautan ke hadapan iv. rantaian/pautan ke belakang | Istilah | 12.11.2009 |
maksud perkataan INSENTIF dan GANJARAN | Insentif bermaksud sesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, manakala ganjaran bermaksud hadiah untuk perbuatan baik dan balasan bagi perbuatan jahat. | Makna | 26.09.2012 |
Salam, Apakah maksud 'secara inpulsif'? | Inpulsif tidak ada dalam sumber rujukan kami, yang ada perkataan impulsif iaitu, bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati. | Makna | 13.05.2010 |
Mohon bantuan untuk memberi istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris "fiscal impulse". | Padanan "fiscal impulse" dalam bahasa Melayu ialah "dorongan fiskal". | Istilah | 08.06.2009 |
Apa maksud "titik tolak"? | Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). | Makna | 08.07.2008 |
Soalan saya: Apakah definisi"seksualiti"? Apakah bezanya maksud perkataan seksualiti dengan perkataan seks dan perkataan seksual? Saya berharap mendapat jawapan yang secepat mungkin daripada saudara. Terima kasih. | Seksualiti bermaksud sifat, tabii atau dorongan seks; keseksualan. | Makna | 18.01.2008 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
maksud perkataan lonjakkan berserta contoh ayat untuk dijadikan panduan. Terima kasih. | Berdasarkan takrifan Kamus Dewan perkataan "lonjakan" 1. perbuatan melonjak; 2. ki (bkn perasaan) dorongan atau desakan yg kuat utk mencapai (mendapatkan sesuatu): ~ rasa utk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti. Sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP. Perkhidmatan kamus dalam talian ini tidak dikenakan sebarang bayaran pada masa ini. | Makna | 23.02.2009 |