Biasanya klu dpt statas iklan lulus atau tidak.. Berapa lama ya... Sbb sy da hantar 3hari... | Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 24.06.2015 |
Medan yg dpt meluaskan pemikiran dlm mendefinasikan perkataan.. tpi kenapa definasi literal untuk 'hak' tiada? hanya ad sinonim sahaja.. minta diberi tunjuk ajar kpda hamba y jahil ini.. | Hak ialah kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan sebagainya, lihat paparan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hak. | Makna | 25.07.2012 |
saya nak dpt kan,sinopsis novel antologi tesk kesusasteraan melayu moden kbsm yg bertajuk madu ilmu.di bahagian drama yg bertajuk lima perwira,karya kala dewata | Sinopsis bagi drama yang berkenaan terdapat pada halaman 167 buku teks Madu Ilmu. Sila rujuk buku tersebut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
Saya guru Kesusasteraan Melayu.Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dpt brkerjasama untuk meningkatkn pdp guru-guru kesusasteraan melayu.Saya ada cadangan .Antaranya : 1.Sesi dialog terbuka dgn penulis teks novel kesusasteraan melayu Saya sudi memberikn kerjasama sekiranya pihak tuan dpt merealisasikn hasrat saya ini demi kepentingan anak didik dan martabat subjek kesusasteraan melayu. No.telefon saya 012 4941273. | Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP, Puan Hajah Siti Aisah Murad, melalui talian 03-2147 9222, e-mel aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.05.2015 |
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut: salam1 سلام kata nama 1 ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb: Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya. 2 tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah: Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya. 3 ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat; 4 digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll: Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan. kata adjektif 5 aman damai atau sejahtera: suasana yg salam; salam kaut, salam keruk bahasa basahan perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin: Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan. salam takzim ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak: Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini. 2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain. 3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 44. Aduh, sakitnya kakiku! 45. Cis, terimalah tikamanku! 46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya! 4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru. 5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 02.08.2022 |
salam tuan, sy ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dgn "kata serapan bahasa nusantara"dan "kata serapan dalam bahasa Melayu". Keduanya, adakah kata serapan dgn kata pinjaman adalh sama?di harap pihak tuan dpt memenuhi keinginan sy untuk mengetahui maksud dn penerangan yg dr pihak tuan. Harapan sy agar pihak tuan dpt mberitahu dgn segera permintaan sy mngenai soalan tersebut. Sekian terima kasih. | Puan Noraiza, Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
Di mana sy boleh dpt kan kebenaran utk mengguna nama kedai utk papan tanda | Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera. | Lain-lain | 27.06.2022 |
Tuan/Puan Harap Tuan/Puan dpt menyatakan ayat yg gramatis: 1A) Dekatkan sebatang magnet ke campuran itu. 1B) Dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu. Bahasa sasaran: A mixture is made up of two substances combined physically, for example, by stirring. Bahasa terjemahan: Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara tindakan mengacau. Adakah bahasa terjemahan dalam BM di atas betul? Terima kasih. | 1. Ayat yang gramatis ialah dekatkan sebatang magnet kepada campuran itu. 2. Campuran terdiri daripada dua bahan yang bergabung secara fizikal, misalnya secara mengacau. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Apakah perbezaan baharu dan baru. Harap dpt berikan cth2nya. terima kasih | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah difahami kata new diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai baru dan baharu (contoh: edisi baru, edisi baharu), kata just diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai baru (contoh: dia baru sampai). | Tatabahasa | 13.01.2015 |
As salamualaikom & selamat ptg, kalau tak keberatan dpt kiranya pihak tuan reply mana ejaan yg betul:- 1.Ulu Klang 2.Ulu Kelang 3.Hulu Kelang. Teima kasih | Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 09.10.2013 |