Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dr


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu?Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik).Tatabahasa18.11.2011
Salam, Dari segi penulisan, untuk nama yang mempunyai ijazah doktor falsafah adalah ditulis dengan cara Dr atau DR contohnya Dr ROSLI AB RAHMAN ATAU DR ROSLI AB RAHMAN. Adalah DR hanya khusus untuk doktor perubatan sahaja? Tkasih.Salam,

Untuk pengetahuan, sama ada Doktor Falsafah ataupun Doktor Perubatan, singkatan bagi kedua-duanya ialah DR./Dr dan perlu diikuti dengan tanda noktah kerana singkatan. Jika nama keseluruhannya menggunakan huruf besar, DR. juga harus dieja dengan huruf besar. Jika huruf kecil, memadai dengan Dr. sahaja.
Tatabahasa22.11.2015
Pertanyaan untuk gelaran sebegini, Dato' Prof. Emeritus Dr. Adakah gelaran Prof. Emeritus tidak bersekali dengan Dr.? Contoh: Prof. Emeritus Dato' Dr. atau Prof. Emeritus Dr. Dato' jika gelaran dato di belakang? Contoh lain Prof. Dato' Dr. atau Prof. Dr. Dato' Prof. Madya Dato' Dr. atau Prof. Madya Dr. Dato' Terima Kasih.

Merujuk kepada “Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, kaedah penggunaan panggilan hormat untuk ahli akademik adalah seperti yang berikut:

a)    YBrs. Dr. diikuti dengan nama
b)    YBrs. Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
c)    YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
d)    YBhg. Tan Sri Prof. Dr. diikuti dengan nama

 

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara boleh merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.


Lain-lain28.04.2022
Apa beza dr dan DrBerdasarkan Kamus Dewan Perdana halaman 542, "dr" merupakan singkatan untuk "dari" dan "Dr." merupakan singkatan untuk "Doktor".Ejaan24.08.2023
Saya mohon kepastian bagi gelaran doktor falsafah. Adakah ditulis sebagai "DR." atau "Dr."? Hal ini kerana terdapat di bahagian saya penulisan tersebut ditulis sebagai "Dr." walaupun nama penuh ditulis dengan huruf besar. Contoh: Dr. SULAIMAN ARIS. Adakah betul penulisan sedemikian?Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik). Sekiranya nama penuh ditulis dalam huruf besar, singkatan untuk "DOKTOR" juga ditulis dalam huruf besar (DR. ).Ejaan20.01.2014
bagaimana penggunaan gelaran dr. dalam penulisan kehadiran minit.. adakah ditulis tuan dr. atau dr. sahaja. mohon penjelasan.terima kasihDalam penulisan kehadiran minit mesyuarat, gelaran "doktor" cukup ditulis dangan "Dr." sahaja.Lain-lain19.04.2016
Yang mana satu betul eg: Prof. Ali atau Prof Dr. Ali kalau merujuk Prof. dalam bidang falsafah sahaja tanpa ada ISM Profesional. Dr telah diubah menjadi Prof. Manakala, pendapat saya Prof. Dr. Ali ini bermaksud Prof (Jawatan diiktiraf uni daripada Dr. yang akan kembali menjadi Dr. sahaja selepas bersara) dan Dr. (gelaran pengamal perubatan). Jadi pendapat saya berbeza "Prof. Dr. Ali dan Prof. Ali". begitu juga "Prof Madya Dr. Ali - Prof Madya. Ali", "Prof Emeritus Ali - Prof Emeritus Dr. Ali". Namun begitu, Phd dalam bidang perubatan tetap kekal Dr. Ali (Phd Md) --- Mohon pencerahan. Terima Kasih
Sama ada seseorang itu doktor perubatan atau doktor falsafah, beliau boleh memakai gelaran Dr. pada awal namanya. Bagi doktor falsafah, sekiranya beliau seorang profesor atau profesor madya semasa berkhidmat di pusat pengajian tinggi, maka ditambah gelaran Prof.  atau Prof. Madya di hadapan Dr. sebelum namanya. Apabila beliau telah bersara, gelaran yang tinggal ialah Dr. sahaja.
Lain-lain01.03.2021
Mohon penjelasan penggunaan istilah doktor (Dr.)/technologist (Ts.) Sekiranya dalam surat adakah kita perlu menggunakan huruf besar DR atau Dr.?Ejaan tersebut ditulis dengan huruf kecil (Dr.).Ejaan10.08.2018
Mohon pencerahan berkenaan penggunaan panggilan hormat sama ada perlu disusun mengikut taraf panggilan hormat atau mengikut taraf jawatan pentadbiran? Sebagai cth: 1. YBhg. Datin/YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan (mengikut taraf panggilan hormat); atau 2. YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./YBhg. Datin/Tuan/Puan (mengikut taraf jawatan pentadbiran).Biasanya, susunan panggilan hormat disusun mengikut susunan gelaran, contoh:

YBhg. Datuk/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Lain-lain04.03.2024
1) Tuan, Yang mana satu betul? Dr. ZAINAL atau DR. ZAINAL 2)Dalam penulisan surat rasmi, kata panggilan Tuan atau Tuan/Puan? Terima kasih.1. Ejaan yang betul ialah Dr. Zainal atau DR.ZAINAL. 2. Dalam penulisan surat rasmi sapaan tuan atau puan atau tuan/puan boleh digunakan. Sapaan tuan sahaja juga boleh digunakan kerana boleh merujuk kepada puan.Lain-lain17.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas