Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[draf] | درف

Definisi : 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; mereka ditugaskan me­nyusun ~ kamus dwibahasa; 2. perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, ter­utamanya drpd satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank; mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Ne­geri; mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; pendraf orang yg membuat atau menye­diakan tulisan (nota, surat, karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[draf] | درف

Definisi : karangan (surat, lukisan dll) yg mula-mula dibuat utk disalin semula: Saya sedang menyemak ~nya. mendraf membuat draf (karangan, surat, lukisan dll): Dia sedang ~ surat utk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. pendrafan perbuatan atau hal mendraf: ~ entri baru kamus tsb sedang giat dijalankan. pendraf orang yg membuat draf atau yg menyediakan draf: ~ entri kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[draf] | درف

Definisi : pemberian kuasa secara bertulis utk membayar sejumlah wang oleh pihak bank: ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata draf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini: Prosedur atau Prosidur?? beserta atau berserta?? Draf atau Deraf??Ejaan yang betul ialah prosedur, berserta dan draf.Ejaan06.12.2011
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Bantu saya mengenalpasti ejaan yang betul bagi perkataan deraf ataupun draftEjaannya yang betul ialah draf.Ejaan10.07.2008
Bahasa Inggeris - bank draft. Apakah istilah dalam BM?Padanan bank draft dalam bahasa Melayu ialah draf bank.Istilah23.10.2012
mohon maklumkan perkataan bahasa melayu untuk perkataan bank draft terima kasihPadanan bank draft dalam bahasa Melayu ialah draf bank.Istilah23.10.2012
Saya berminat untuk menulis buku dan rencana ilmiah. Soalan: 1.Adakah format penulisan sesebuah buku itu standard? 2.Jika saya sudah ada draf manuskripnya adakah ia perlu disemak oleh sesiapa?Jika ya siapakah yang akan menyemaknya? 3.Siapakah yang boleh menerbitkan buku yang saya hasilkan?Adakah saya perlu memilih syarikat penerbitan sendiri?Adakah DBP ada menawarkan kepada individu untuk menerbitkan sesebuah buku?Jika ya apakah syarat dan kelayakkannya? 4.Bagaimana dengan hak cipta?Adakah permohonan hak cipta dibuat oleh syarikat yang menerbitkan sesebuah buku itu? 5.Bagaimana bayaran royalti dibuat dan berapakah peratus pembahagiannya?1. Ya, dan bergantung pada jenis buku. 2. Perlu disemak. Sesiapa pun boleh menyemaknya, termasuk penulis sendiri. 3. Penerbit yang sesuai dan mahukan manuskrip itu. Ya, penulis perlu menentukan sendiri penerbitnya. DBP membuat tawaran kepada penulis yang pakar dalam bidang ilmu masing-masing untuk menulis dan jika manuskrip itu sesuai, akan diterbitkan. 4. Hak cipta dipegang oleh penulis. Bayaran royalti dibuat selepas buku terbit. Peratus pembahagiannya (kadar royalti) mengikut jenis buku yang diterbitkan.Lain-lain04.11.2007
CONTOH NOTIS KELUAR DARI RUMAH SEWA

Puan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan contoh surat seperti yang puan pohon. Walau bagaimanapun, puan bolehlah mengemukakan draf surat tersebut untuk kami semak penggunaan bahasanya.

Lain-lain18.10.2010
1. Apakah maksud perkataan kesinambungan? Bilakah perkataan ini sesuai digunakan? 2. Di manakah boleh saya beli buku tatabahasa dewan edisi terbaru? 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan 'Ke' dan 'Kepada' 4. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan draft? Draf atau deraf?

1. Kesinambungan: perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; 

2. Saudari boleh mendapatkannya di Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP atau mana-mana kedai buku yang mengedarkan buku terbitan DBP.

3. Ke :-  kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo;   Kepada:- 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.

Lain-lain19.03.2009
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pengesahan penggunaan Bahasa Malaysia bagi Permohonan Lesen Iklan Papan Tanda?

Puan,

Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda, saudara bolehlah  datang ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, atau faks draf iklan kepada Bahagian ini, no. 03-21422029.   

 

 

 

 

   

Lain-lain19.07.2010
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap?

Saudara,

Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan  calon, perabot, awet dsb.

Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf).

Tatabahasa16.09.2010
12

Kembali ke atas