Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. | Ayat yang betul ialah "Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes." | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. Betulkah ayat di atas? | Ayat yang betul ialah Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Salam. Saya memohon untuk DBP untuk mengemaskini istilah sains yang baru dan terkini. Saya menghadapi masalah yang banyak untuk menterjemahkan istilah sains dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Sebagai contoh, apakah Bahasa Melayu untuk"drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility" dan lain-lain. Mohon ada tindakan drastik untuk menterjamahkan semua istilah ini. Terima kasih. | Sekiranya tuan memerlukan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP, sila berhubung terus dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155. | Istilah | 17.10.2016 |
Antara masalah besar pelajar sains di Malaysia ini adalah untuk menulis hasil kajian dalam Bahasa Melayu. Laman web DBP tidak terkini dan tidak kemaskini untuk istilah sains yang baru dan terkini. Sebagai contohnya, apakah bahasa melayu untuk Internet-of-thing, drop-casting, reduced graphene oxide, gravitational waves, biocompatibility, dan lain-lain? Ya, memang ada option dalam pertanyaan khidmat nasihat, tetapi ianya mengambil masa juga untuk membalas dan kadang kala ianya bercelaru dengan istilah sebelumnya. Seperti istilah gravitaitonal waves yang diterjemahkan sebagai gelombang graviti. Tetapi gravity wave pula diistilahkan sebagai graviti gelombang. *Seingat saya, sewaktu saya menulis tentang gravitational waves, gelombang graviti dimiliki oleh graviti waves. Sedangkan ianya jenis gelombang. Kadangkala, kami bersama pasukan MajalahSains terpaksa memerah idea sendiri agar istilah tersebut kena dengan mantik dan logiknya. Sebagai contoh, kami menyimpulkan beza gravitational waves dan gravity waves kepada gelombang gravitasi dan gelombang graviti. Selain itu menterjemahkan Reduced Graphene Oxide kepada grafin kurang oksida, biocompatibility kepada keserasian biologi, drop casting kepada teknik salutan titisan (kerana teknik salutan ini daripada titisan), dan internet-of-thing kepada objek rangkaian internet, Diharap, DBP lebih drastik menterjemahkan istilah sains dan bidang ilmu lain yang semakin pantas dan berkembang. | Untuk makluman tuan, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu diuruskan oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan istilah bahasa Melayu, sila kemukakan istilah tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479158/21479155 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 17.10.2016 |