Apakah padanan bagi "Packaged drinking water". Dalam ayat di bawah ini ia dipadankan dengan "air minuman berbungkus". Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia. | Padanan packaged drinking water yang sesuai ialah air minuman dalam botol. | Istilah | 18.07.2021 |
Kami ingin bertanya dengan lebih lanjut berkenaan padanan "packaged drinking water" yang dicadangkan "air minuman dalam botol". Ini kerana jika digunakan dalam ayat di bawah ini, ia tidak terhad kepada air yang dibungkus dalam botol sahaja tetapi dengan cara yang lain juga. Oleh itu, adakah boleh jika ia dipadankan dengan air minuman berbungkus atau air minuman dibungkus? “Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.”. | Terjemahan yang betul ialah Air minuman dalam botol hendaklah air yang boleh diminum atau air minuman yang dirawat selain air mineral semula jadi, yang terkedap dalam botol atau bungkusan lain, dan menjadi minuman manusia. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2021 |
'Sulang' ditakrifkan sebagai 'saling memberikan minuman/makanan' dalam laman web DBP. Boleh berikan takrifan yang lebih terperinci? Adakah ia bermaksud 'drinking/eating with arms crossing among two people'? | Kami hanya boleh memberikan takrifan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu saling memberikan minuman (makanan dan lain-lain). Pihak kami tidak mempunyai takrifan yang lebih terperinci mengenai perkataan ini. | Makna | 03.09.2016 |
Stitches There is no one definite answer for the cause or treatment of a stitch. The most popular theory is that a stitch is caused by either drinking too much or eating a meal too near to running... Apakah istilah yang amat tepat untuk "stitches" dalam Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Dusun terdapat istilah solisipon, obikon, oripon. | Berdasarkan keterangan saudara, stitch merupakan sejenis kesakitan dan tiada padanan bahasa Melayu dalam rujukan kami. Oleh itu gunakan perkataan tersebut dengan ejaan dicondongkan. | Istilah | 02.03.2010 |
boleh tahu perbezaan dengan tepat penggunaan salon dan saloon ???? | Mengikut Kamus Oxford Kata salon bermaksud 'room or establishment of hairdresser, fashion designer. Saloon bermaksud ' large room or hall on ship, saloon car, US drinking bar. | Lain-lain | 07.04.2008 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia. | Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut: 1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia. 2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia. | Istilah | 18.07.2021 |