Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya manakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi istilah 'propeller' di dron? Adakah baling-baling lebih tepat digunakan atau kincir udara lebih tepat? Apa beza antara keduanya? Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud propeller ialah "kipas atau baling-baling". Maksud "kipas" ialah angin alat yg mempunyai bilah-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman) manakala "baling-baling atau bebaling" bermaksud alat yang rupanya seperti kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang. Dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, perkataan bebaling banyak digunakan. | Makna | 12.06.2022 |
Salam, apakah terjemahan bagi 'drone' yang merujuk kepada pesawat tanpa pemandu? Terima kasih. | Terjemahan "drone" dalam bahasa Melayu ialah Dron. | Ejaan | 22.02.2018 |