Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata | Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.10.2009 |
Apakah maksud rangkap di bawah untuk Gurindam Dua Belas? Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. | Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut termasuklah maknanya dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 06.03.2015 |
1.etika kerja 2.profesionalisme 3.akauntabiliti 4.peraturan 5. tonggak dua belas. | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara. | Lain-lain | 26.11.2011 |
Apakah syarat-syarat untuk menulis buku aktiviti sekolah murid yang berumur dari enam hingga dua belas tahun . Contohnya buku aktiviti bahasa Malaysia ? | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 23.11.2015 |
"Bayangkan permukaan sebuah jam, di mana peserta berada di lokasi pukul enam dan mereka perlu membalingkan batang kayu tepat ke arah pukul dua belas untuk mendapatkan keputusan terbaik." Bolehkah "di mana" dipakai dalam ayat di atas? Terima kasih. | Untuk ayat di atas perlulah digugurkan penggunaan di mana. | Lain-lain | 03.01.2008 |
Saya ingin belajar tentang nazam, bolehkah pihak DBP memberikan saya serba sedikit pengetahuan tentang 'Nazam"? | Nazam ialah puisi lama (seperti syair) yang terdiri daripada dua belas baris serangkap. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk artikel atau buku yang berkaitan. | Lain-lain | 24.11.2009 |
(1) Ayat bahasa inggeris ialah "with the contuinity of residence in Malaysia" diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai "dengan keberterusannya kemastautinan di Malaysia" Penggunaan perkataan "residence" di dalam ayat B.I tersebut telah diterjemahkan kepada kemastautinan. Sama ada terdapat sebarang perbezaan perkataan kemastautinan dengan perkataan permastautinan? (2) Ayat Bahasa Inggeris ialah "twelve and a half year". Sama ada terjemahan di dalam Bahasa Malaysia ialah dua belas tahun setengah atau dua belas setengah tahun? | Saudara, i. Perkataan kemastautinan merujuk keadaan manakala permastautinan merujuk perihal bermastautin. ii. Dua belas setengah tahun | Lain-lain | 25.02.2010 |
adakah perkataan mendudukkan betul? | Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut : 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |
Adakah perkataan 'tahun' boleh digugurkan dalam penulisan seperti yang biasa kita temui dalam bahasa akhbar sekarang ini? Misalnya ayat berikut: Malaysia akan melaksanakan sepenuhnya rekod kesihatan secara elektronik (EMR system) pada tahun 2021. Bolehkah digugurkan perkataan 'tahun' dalam ayat ini? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud tahun ialah jangka waktu (masa) yang lamanya dua belas bulan atau angka yang menyatakan tarikh. Maka perkataan tahun perlu digunakan supaya dapat menyatakan angka yang menyatakan tarikh. | Tatabahasa | 12.05.2019 |
apakah perbezaan antara perkataan kolej tiga belas dan kolej ketiga belas. manakah antara kedua-dua ini dianggap sebagai kata nama? | Kolej Ketiga Belas ialah nama kolej tersebut. Manakalah kolej ke tiga belas atau kolej ke-13 ialah kolej mengikut kiraan sebelas kolej yang ke-12. Untuk makluman juga, dicadangkan agar kolej yang ke tiga belas tidak dieja tetapi menggunakan angka. Kolej ke-13. Harap maklum. | Tatabahasa | 10.07.2008 |