Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan. | Dalam penulisan, yang betul ialah ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia atau Kementerian Kewangan. | Lain-lain | 19.09.2009 |
Saya mahukan kepastian berkaitan sebutan dan penulisan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Adakah RM150.20 di sebut Seratus lima puluh ringgit dan dua puluh sen? Manakala apabila ditulis Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh dan dua puluh sen? Bagaimana dengan RM10.20? | Untuk RM10.20 cara penulisannya ialah "Sepuluh ringgit dan dua puluh sen" atau "Ringgit Malaysia Sepuluh dan dua puluh sen" | Lain-lain | 27.05.2016 |
Cara menulis angka dalam sebutan ayat yang betul dalam penulisan cek atau surat berkaitan kewangan. Adakah: 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja); atau 2. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Sen Dua Puluh Sahaja)? Mohon penjelasan kepada unit Sen samada perlu diletakkan di belakang atau di hadapan selepas perkataan dan. | 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja.
| Tatabahasa | 26.06.2014 |
merujuk kepada jawapan no.12, jika berturutan dengan peratus, adakah betul jika saya sebut 1.23% satu perpuluhan dua puluh tiga peratus? | Betul, 1.23% disebut sebagai satu perpuluhan dua puluh tiga peratus. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan" | Puan, Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan. Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328 Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian. | Makna | 12.07.2017 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya menjumpai frasa berikut dalam Terma & Syarat Bahasa Melayu sebuah institusi kewangan: "...dengan memberi dua puluh satu (21) hari calendar (sic) terlebih dahulu makluman awal..." Padanan Bahasa İnggeris frasa tersebut ialah "...with twenty-one (21) calendar days' notice..." Adakah terjemahan Bahasa Melayu frasa tersebut tepat? Adakah terjemahan yang betul ialah "...dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar makluman awal terlebih dahulu..."? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Mohon berikan ayat yang lengkap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk kami semak dan mengesahkan terjemahan frasa tersebut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.05.2018 |
Apakah perbezaan sebutan dan tulisan nilai mata wang ringgit? | Selamat pagi. Contoh dalam penulisan nilai mata wang ringgit ialah (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut dua puluh ringgit. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Zahid. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat ini?? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih. | Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat. (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. | Tatabahasa | 03.07.2010 |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |