| Frasa mana yang betul; 1. Duduk di antara dua sujud, atau 2. Duduk antara dua sujud | Frasa yang betul ialah "duduk antara dua sujud". | Tatabahasa | 09.01.2023 |
| 1) duduk melingkari unggun api 2) duduk mengelilingi unggun api Mana satu betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud 'melingkari' ialah melingkar, melilit, memĀbelit, mengelilingi atau melingkungi manakala 'mengelilingi' ialah berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, melingkari, mengedari atau menjelajah. Maka kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Istilah | 28.11.2025 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih. | Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.". | Tatabahasa | 11.04.2013 |
| Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
| Salam sejahtera ! 1. Ali duduk di atas tikar sambil makan. 2. Ali makan sambil duduk di atas tikar. Ayat yang mana betul ? Mengapa ? Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk gabungan yang menggunakan kata hubung sambil. | Tatabahasa | 19.05.2015 |
| Salam sejahtera Tuan, Penggunaan yang betul ialah (1) Ali duduk di antara Siti dengan Abu. (ATAU) (2) Ali duduk di antara Siti dan Abu. Mohon tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Pasangan kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara ialah dengan bukan kata hubung dan. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada du frasa. Contoh:- Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar.- Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada minggu ini. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
| Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dan Roslina. 2. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina. 3. Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakah ayat di atas adalah betul dan gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina dan Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. | Tatabahasa | 29.06.2016 |
| selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih . | 1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
| Salam sejahtera. Nak tanya ayat yang berikut adakah betul? 1. Dia duduk di belakang saya semasa kelas. 2. Dengarlah, apakah yang cikgu sedang cakap? ataupun Dengarlah, apakah yang sedag cikgu cakap? 3. Semua rakan sekelas sangat suka saya? ataupun "suka akan saya" Harap dapat maklum balas dari tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Dia duduk di belakang saya semasa di kelas. 2. Dengarlah, apa yang cikgu sedang cakap! 3. Semua rakan sekelas sangat suka akan saya. | | | | Tatabahasa | 15.07.2019 |
| Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?). | Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. | Tatabahasa | 03.09.2019 |