Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI? | Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
Adakah penggunaan "duduk" dalam "Dia duduk di bandar." ialah bahasa basahan? | Assalamualaikum, Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020: hlm. 545), perkataan duduk membawa makna menetap atau tinggal di sesuatu tempat, rumah dan sebagainya (makna 2). Oleh itu, penggunaan perkataan duduk dalam ayat "Dia duduk di bandar." bukan bahasa basahan. Terima kasih. | Makna | 10.04.2025 |
Mereka duduk di padang. Mereka duduk di atas rumput. Adakah kedua-dua ayat ini betul ? Bolehkah kita bina ayat dengan menggunakan frasa duduk di atas rumput? | Kedua-dua ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 07.06.2024 |
Salam Sejahtera duduk di atas kerusi atau duduk di kerusi yang betul? Sekian | Frasa yang betul ialah duduk di atas kerusi | Lain-lain | 05.03.2012 |
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul? | Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. | Tatabahasa | 10.10.2008 |
Frasa mana yang betul; 1. Duduk di antara dua sujud, atau 2. Duduk antara dua sujud | Frasa yang betul ialah "duduk antara dua sujud". | Tatabahasa | 09.01.2023 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Perkataan "berlepak-lepak" ada maksud tak? | Perkataan "berlepak-lepak" ialah bahasa basahan/percakapan yang merujuk perbuatan menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. | Makna | 22.03.2022 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih. | Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.". | Tatabahasa | 11.04.2013 |
adakah salah menggunakan SEMUA dan SEKALI dalam satu masa? contohnya.. sila duduk semua sekali | Ungkapan "Sila Duduk" telah memadai untuk semua kerana jika ada pengkhusus ungkapannya berbeza, seperti "Baris pertama hingga kelima, sila duduk". | Tatabahasa | 26.08.2016 |