Salam sejahtera. Adakah yang di bawah betul? Kita harus bertimbang rasa contohnya Ah Meng memberi tempat duduknya kepada wanita hamil. Terima kasih. | Susunan ayat yang lebih gramatis ialah, "Kita seharusnya mempunyai sifat bertimbang rasa seperti memberi tempat duduk kepada wanita hamil." | Tatabahasa | 15.07.2013 |
berapa banyak penggunaan huruf E dalam bahasa melayu | Penggunaan kata vokal e dalam kata tidak terhitung banyaknya sama ada duduknya di pangkal, tengah dan akhir kata. sila rujuk kamus (pelbagai kamus) untuk mendapatkan jumlah yang sebenar. | Lain-lain | 27.07.2009 |
Maaf cuma ingin tahu. Sering saya dengar di corong-corong stesen radio berebahasa Melayu di Malaysia "mengimbau" (imbau) digunakan deejay untuk mengenang kembali sesuatu. Di saluran tv Indonesia pula pemimpinnya "mengimbau" segenap masyarakatnya untuk memajukan negara. Sebenarnya di mana tepatnya "imbau" ini duduknya? Lagi satu, "justeru". Di media Indonesia tak diertikan sebagai "oleh itu", malah lebih daripada tindakan positif untuk mengatasi hasil yang negatif. Akan tetapi di media Singapura dan Malaysia duduknya seakan-akan "oleh sebab itu". Harap pihak Tuan dapat memberi pandangan. Maaf sekali lagi kerana saya bertanya. Terima kasih, Tuan-Tuan. | Untuk makluman saudara, perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang cukup luas sama ada di Malaysia atau Indonesia. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut memang mempunyai makna yang berbeza seperti yang saudara nyatakan. | Makna | 14.08.2007 |
salam. apa makna kata 'sangap'.saya merujuk kamus dpb online dan masih tidak memahapi makna. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, sangap bermaksud menguap: sekali-sekala dia ~ dan menggeliat di tempat duduknya.Tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sangap&d=1 untuk melihat dengan lebih lanjut maksud perkataan sangap. | Makna | 18.10.2013 |
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut? | Saudara, 1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya: Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 13.10.2009 |