Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. st that rightfully belongs to so., yg patut diberikan kpd: he finally won the recognition which was his ~, dia akhirnya mendapat pengiktirafan yg patut diberikan kepadanya; give so. their ~, utk berlaku adil (thdp sso): she made a lot of mistakes but, to give her her ~, she only had an hour to get the job done, dia membuat banyak kesilapan, tetapi utk berlaku adil terhadapnya, dia cuma diberi satu jam utk menyiapkan kerja itu; 2. (in pl) yuran. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv tepat ke: we were sailing ~ east, kami sedang belayar tepat ke timur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ for st, layak diberi sst: he is ~ for a promotion, dia layak diberi kenaikan pangkat; give credit where credit’s ~, memberikan penghargaan pd tempatnya; in ~ course, apabila tiba masanya: the results will be made known in ~ course, keputusan akan diberitahu apabila tiba masanya; with ~ respect, saya menghormati [pendapat sso] tetapi: with ~ respect to my colleague, I feel that the figures quoted are inaccurate, saya menghormati pendapat rakan saya, tetapi saya rasa angka yg diberikan tdk tepat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : patut diberikan kpd pegawai atasan; with ~ ceremony, dgn adat istiadat yg selayaknya: he was crowned with ~ ceremony, dia dimahkotai dgn adat istiadat yg selayaknya; 4. payable, perlu dibayar: the rent is ~ tomorrow, sewa perlu dibayar esok; ~ date, tarikh /cukup tempoh, matang/; /fall, become/ ~, perlu /dibayar, dijelaskan/: the payment falls ~ on the first of every month, bayaran perlu dijelaskan pd satu hari bulan setiap bulan; 5. because of, owing to, disebabkan, kerana: the delay was ~ to a technical fault, kelewatan itu disebabkan kerosakan teknik; there was a poor turnout at the match ~ to heavy rain, tdk ramai orang yg datang utk menyaksikan perlawanan itu krn hujan lebat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. appropriate, sewajarnya, wajar: the matter will be given ~ consideration, perkara itu akan diberi pertimbangan yg sewajarnya; take ~ care, betul-betul hati-hati: he took ~ care not to hurt their feelings, dia betul-betul hati-hati agar tdk menyinggung perasaan mereka; 3. owing as an obligation, patut diberikan: the extra money ~ to you will be paid next week, wang lebih yg patut diberikan kpd kamu akan dibayar minggu hadapan; he does not treat him with the respect ~ to a superior, dia tdk memperlakukannya dgn rasa hormat spt yg (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. a. expected to arrive, happen, be done, etc, dijangka (approp v): what time is the train ~?, pukul berapakah kereta api dijangka tiba?; they are ~ back from their holidays today, mereka dijangka pulang drpd percutian mereka hari ini; b. scheduled to arrive, happen, be done, etc, akan (approp v): he is ~ to give a speech tonight, dia akan memberikan ceramah malam ini; the court is ~ to hear the case this afternoon, mahkamah akan mendengar kes itu petang ini; the launching is ~ thirty minutes from now, pelancaran itu akan bermula setengah jam dr sekarang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata due


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ambil maklum yang istilah "due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar". Lanjutan daripada itu, saya ingin mohon pencerahan, adakah "customer due diligence" diterjemahkan sebagai "usaha wajar atas pelanggan" atau "usaha wajar pelanggan"? Bagaimana pula dengan "enhanced due diligence" dan "ongoing due diligence"? Adakah terjemahan yang betul ialah "usaha wajar dipertingkat atas pelanggan" dan "usaha wajar berterusan atas pelanggan"? Saya ada menemui penggunaan "uji tundas" sebagai terjemahan istilah "due diligence"; adakah terjemahan ini wujud dan betul? Terima kasih.Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

customer due diligence - kaedah penilaian pelanggan
enhanced due diligence - kaedah penilaian dipertingkat
ongoing due diligence - kaedah penilaian berterusan

Untuk makluman, istilah "uji tundas" tiada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah di atas juga bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.06.2021
terjermahan 'due diligence' kepada 'usaha wajar' macam tidak kena. Tak menepati konsep betul. Main terjermah je ke? "Pemeriksaan Terperinci" lagi tepat. Bila Syarikat kata due diligence ini melibatkan kerja-kerja penelitian, menentu kesahihan berbagai maklumat dan sebagainya. Atau kalau nak kata 'Penilitian Terperinci" pun boleh.Menurut kamus undang-undang yang telah diterbitkan oleh MABBIM maksud due diligence ialah usaha wajar. Setiap istilah yang digubal mengikut konsep ayat dan bidang bagi mendapatkan terjemahan yang betul. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang padangan mengenai istilah tuan/puan boleh memberikan cadangan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/.Makna03.12.2016
in due courseapabila tiba masanyaLain-lain07.03.2007
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Saya merujuk kepada pertanyaan saya pada 07/06/2021 tentang terjemahan beberapa istilah berkaitan “due diligence” dan nasihat DBP pada 08/06/2021 yang mencadangkan “kaedah penilaian”. Dalam konteks ayat berikut (yang diambil daripada dokumen polisi BNM), bolehkah “due diligence” diterjemahkan sebagai “penilaian wajar”? “Based on the Customer Due Diligence (CDD) information obtained at point of on-boarding new customers, or ongoing CDD information obtained from existing customers, as the case may be, a reporting institution is expected to determine the ML/TF risk profile of each customer…” “Employees who deal directly with customers or establish business relationships may be trained to conduct CDD and on-going due diligence, including circumstances where enhanced CDD is required in higher risk situations.” Terima kasih.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, due diligence juga boleh diterjemahkan sebagai penilaian wajar.Lain-lain09.06.2021
1. maksud/terma 'Due Diligence' dalam Bahasa Melayu 2. adakah penggunaan perkataan baharu telah dikuatkuasakan menggantikan penggunaan perkataan 'baru'? terima kasih.Due diligence dalam bahasa Melayu bermaksud usaha wajar. Perkataan baharu bukan mengantikan kata baru.  kedua-duanya boleh diguna pakai. Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just.Istilah08.01.2010
Saya ingin kepastian mengenai terjemahan ini: (Legal Due Diligence - Kaedah Penilaian Undang-Undang) Adakah terjemahan diatas tepat? Terima kasih.Pihak DBP mencadangkan terjemahan bagi perkataan  “Legal Due Diligence” ialah "usaha wajar dari segi undang-undang" atau "penilaian wajar dari segi undang-undang" bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.Lain-lain08.11.2021
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam BM bagi istilah yang digunapakai dalam standard perakaunan iaitu "Professional Competence and Due Care"

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi frasa Professional Competence and Due Care ialah “Kecekapan dan Kecermatan Pakar” atau “Kecekapan dan Kecermatan Profesional”

Lain-lain25.11.2021
I cant acess permohonan due to no catergory entry ??? pls help or call me to do it infront of my computer saw 016-7112551Tuan,

Sistem yang tuan guna ini ialah sistem Khidmat Nasihat Bahasa untuk pertanyaan bahasa dan sastera, sekiranya tuan ingin mengesahkan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479691/9400/9100/9300.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.06.2017
Dear Tuan/Puan, Salam Sejahtera, FYI Due to DBP website server down, and we are urgent to get this approval from DBP, we apply this start on 18th May till now we haven get any reply, we really need your help and check again for the attach visual a.s.a.p. Thank you so much for your help. Have a nice day. Our No.pendaftaran 30433/2017 Majilis Bandaraya Johor Bahru Company name : Apexone Printing Sdn Bhd Hatten Group - JBCC Street Bunting Best Regard Apexone Printing Sdn BhdPermohonan tuan telah diproses. Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi.Lain-lain24.05.2017
mohon terjemahan bagi "as part of the due diligence exercise of the joint venture, company does not relies on the approved plan". Adakah sesuai dengan "disebabkan oleh pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasamaini, syarikat tidak bergantung kepada pelan yang diluluskan". ?Frasa yang betul dari segi tatabahasa ialah "disebabkan pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasama ini, syarikat tidak bergantung pada pelan yang diluluskan."Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
123

Kembali ke atas