apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga... | Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah: i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon; ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut; iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya. | Lain-lain | 30.04.2008 |
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kali | Jawapan yang betul ialah: 1. temu duga 2. soal selidik 3. masa kini 4. kadangkala 5. ubah suai 6. acap kali | Ejaan | 05.04.2013 |
1- Penambahbaikkan atau penambahbaikan ? yang mana betul ? Bagaimanakah kaedah penambahan dua K 2- Atur cara atau aturcara ? Temuduga atau temu duga ? 3- Mohd pergi digunakan atau di gunakan ? | 1. Yang betul ialah Penambahbaikan kerana kata dasar tambah baik menerima awalan Pe..an menjadi penambahbaikan. 2. Ejaan yang betul ialah atur cara dan temu duga kerana atur dan cara boleh membawa makna tersendiri. Begitu juga dengan temu dan duga. 3. Ayat tersebut tidak lengkap, tetapi ejaan yang betul ialah digunakan. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih. | 1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing. 3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Apakah maksud duga akal ? terima kasih | Menduga akal bermaksud pertandingan atau permainan untuk menguji pengetahuan seseorang tentang perkara atau hal tertentu dengan mengemukakan soalan kepadanya. | Makna | 03.05.2010 |
ejaan yang betul untuk: 1. temuduga 2. lapordiri | Ejaan yang betul ialah temu duga dan lapor diri. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan | Ejaan | 12.11.2013 |
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga. | Lain-lain | 11.03.2008 |
SAYA NAK BORANG JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI N17).SELAMA NI SAYA ISI TAK PERNAH DIPANGGIL TEMUDUGA.DAPAT KERJA TU PUN BUKAN SENANG. KALI NI DAH MASUK 3 KALI ISI BORANG. | Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan memuat turun borang tersebut melalui laman DBP. Pastikan sdr mengisi dan melengkapkan borang tersebut sebelum dihantar kepada kami. Sebagai makluman sdr, pemilihan calon temu duga dibuat setelah semua borang permohonan disemak dari aspek pengisian maklumat yang lengkap, memenuhi syarat kelayakan yang dikehendaki, melampirkan dokumen yang berkenaan, gambar disertakan dan sebagainya. Kami juga menggunakan sistem nisbah dalam menentukan jumlah calon temu duga. Sila pastikan sdr menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup. Semoga berjaya. | Lain-lain | 03.11.2008 |
Saya Nur Haslinda Binti Che Ahmad, saya pernah memohon jawatan di sini sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Boleh saya tahu, apakah status permohonan saya. Nama Penuh : Nur Haslinda Binti Che Ahmad Kad Pengenalan : 800208-07-5788 Sekian Terima Kasih. | Sdr, Dengan hormatnya saya merujuk permohonan puan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Dimaklumkan bahawa sebuah panel telah dibentuk untuk membuat penilaian dan pemilihan calon untuk ditemu duga dan puan tidak terpilih bagi temu duga jawatan tersebut. Pihak kami berharap semoga puan akan dapat menerima keputusan ini dengan reda dan mencuba lagi pada masa yang akan datang. Selamat maju jaya dan terima kasih. Maaf kerana terlewat menjawab kemusykilan puan. | Lain-lain | 01.11.2010 |