Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:
i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;
ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;
iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.
Thanks for clicking. That felt good.