2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | 2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan, merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama. 3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini! 4. Betul. 5. Betul. 6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang. 8. Betul. 9. Betul. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu. 11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Ayat manakah betul penggunaan penanda wacana memberi contoh? 1. Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. 2. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Sebagai contohnya, baju, makanan, minuman dan duit belanja. Kedua-dua ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2015 |
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu. Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit. | Makna | 12.05.2020 |
Memperkecil/Memperkecil-kecilkan nilai duit syiling. | Memperkecil nilai duit syiling. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Bagaimana Kelab Sukan memastikan duit yang diperoleh dibelanjakan dengan berhemah? Tolong betulkan. Terima kasih | Ayat yang lebih sesuai: Bagaimana Kelab Sukan dapat memastikan duit dibelanjakan dengan berhemah? | Lain-lain | 18.05.2017 |
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara. | Ayat yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.i> | Tatabahasa | 15.09.2014 |
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas. | 1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka. 3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
Selamat sejahtera.Saya ingin bertanya tentang kata sendi“di”dan“ke”. Bagaimana kita hendak bezakan?Cth:1.menanam bunga ke/di dalam pasu. 2.menyimpan pisau ke/di dalam laci.3.melancong ke/di Melaka.4.memasukkan duit ke/di dalam tabung.5.meyimpan duit ke/di dalam tabung. Adakah “menyimpan” diikuti dgn di dalam dan “memasukkan ”diikuti dgn ke dalam?Terima kasih atas bantuan tuan. | Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh: 1. Menanam bunga di dalam pasu. 2. Menyimpan pisau di dalam laci. 3. Melancong ke Melaka. 4. Memasukkan duit ke dalam tabung. 5. Menyimpan duit di dalam tabung. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan “kalau” dan “sekalipun” digunakan dalam satu frasa yang sama? Contoh: Kalau saya tiada duit sekalipun, saya tak akan mencuri. | Perkataan "kalau" dan "sekalipun" tidak boleh digunakan dalam ayat yang diberikan kerana "kalau" dan "sekalipun" merupakan kata hubung. Kata hubung yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah "sekalipun". Contoh ayat ialah "Sekalipun saya tiada duit, saya tidak akan mencuri." | Tatabahasa | 17.07.2020 |
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih. | Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll). Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2020 |