| 5. I Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. (perkataan bercondong ialah mengira) | Jawapan yang betul ialah: I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. ll. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. lll. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.
| Tatabahasa | 12.05.2026 |
| Salam sejahtera, Tuan/Puan Apakah jawapan untuk soalan ini? Arahan Pilih ayat-ayat yang mengguankan perkataan berhuruf condong dengan betul. I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV. Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. Terima Kasih. | Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas kerana tiada perkataan berhuruf condong dalam contoh ayat yang diberikan.
| Tatabahasa | 07.05.2026 |
| Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma. | Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'. Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila: (a) memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak. (b) memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi. (c) memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. Tanda koma (,) digunakan: (a) sebagai unsur pemisah. (b) sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu. (c) mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik. Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham. Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma. | Lain-lain | 04.03.2012 |
| Terangkan penggunaan tanda koma sebelum atau selepas perkataan kecuali. | Tanda koma (,) digunakan: (a) sebagai unsur pemisah. (b) sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu. (c) mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik. | Lain-lain | 08.02.2019 |