Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duitan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam bahasa Melayu, apakah sufiks -an dapat membentuk adjektiva? Apakah kata "jalanan" (dalam "seniman jalanan") dan "duitan" (dalam "mata duitan") tergolong kata sifat? Lalu, dalam Kamus Dewan kata "pasaran" memiliki makna 'kualiti kurang baik'. Bagaimana contoh penggunaannya? Terima kasih.Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 117 untuk keterangan lanjut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud jalanan ialah jalan atau lorong yang dikategorikan sebagai bahasa percakapan. manakala duitan bermaksud orang yang hanya me­mikirkan tentang wang atau tamak akan wang. kedua-dua istilah ini merupakan kata nama.Tatabahasa12.01.2020
Menurut (Goffee and Jones 1998), budaya organisasi terbahagi kepada dua dimensi iaitu 'sociability dan solidarity'. Daripada dua dimensi tersebut, lahir empat jenis budaya organisasi iaitu: 1. Communal Culture 2. Fragmented Culture 3. Networked Culture 4. Mercenery Culture Adakah istilah dalam bahasa melayu yang boleh digunakan untuk mentafsirkan dua dimensi budaya dan empat jenis budaya tersebut? Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk sociability ialah kebolehsosialan atau keramahan. Istilah untuk solidarity ialah perpaduan atau setiakawan. Tidak terdapat istilah khusus untuk empat jenis budaya yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:

1. communal  - komunal/perkauman
2. fragmented - berpecah
3. networked - berangkaian
4. mercenary - mata duitan
Istilah08.01.2013

Kembali ke atas