Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[du.ka] | دوک

Definisi : (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat; berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; berdukakan sl berduka kerana (akan), ber­sedih (bersusah) hati kerana (akan), men­derita (menahan) duka: mana ~ negeri di­timpa kemalangan dan mana pula ber­sedihkan permaisuri yg sedang gering; mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, men­dukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya; kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg men­dukakan, kesedihan, kesusahan hati, ke­dukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ka] | دوک

Definisi : (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duka

Puisi
 
Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.

Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berat sama dipikul,
     ringan sama dijinjing.

Bermaksud :

Suka duka sama-sama ditanggung.

Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. dukaDalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat.  

Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;

Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka.
Tatabahasa03.09.2013
suka cita, duka citaDieja bercantum sukacita, dukacitaEjaan17.07.2008
Tuan bolehkah saya menambahkan 'tutukan suka duka ' ke dalam peribahasa ini? ( e.g.Turutkan hati mati, turutkan rasa binasa, turutkan mata leta, turutkan suka duka. )Kerana saya rasa suaranya sedap, dan sesuai dengan maksud peribahasa.Peribahasa yang betul ialah "Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati". Peribahasa ialah warisan daripada orang-orang lama dan tidak boleh diubah sesuka hati.Tatabahasa28.03.2015
salam sejahtera, saya ada satu pertanyaan, adakah frasa "duka lara" pernah wujud atau digunakan pada suatu ketika dahulu? sekiranya ya, adakah frasa tersebut masih boleh digunakan pada pada masa ini?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa duka lara bermaksud nestapa susah(sedih)hati yang amat sangat.Frasa ini masih boleh digunakan.Tatabahasa18.01.2008
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih.1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka
lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya.
5. Ayat a, b, c, dan d betul.
Tatabahasa24.03.2013
Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan.

Salam puan yang budiman,

Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut perlu disertakan dengan:

1. Salinan lembut manuskrip.

2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Karya22.07.2025

Karya04.06.2025
Penggunaan kata sedekad' dalam ayat. Saya maklum dekad bermaksud 10 tahun. Persoalannya, adakah perlu tambahan imbuhan 'se' bagi membawa maksud 10 tahun. Contoh ayat: Duka kerana setelah lebih sedekad dia bakal perlu merombak hidupnya.Ungkapan yang betul ialah dekad atau sepuluh tahun atau dasawarsa. Tidak perlu lagi awalan "se" bagi perkataan dekad.Tatabahasa25.07.2012
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai?Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham.Sastera07.12.2016
Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan?Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istana. Lain-lain30.07.2021
123

Kembali ke atas