Salam, sy keliru, titah ydpa semalam yg berbunyi “ydpa dukacita”, adakah dukacita bermaksud marah dlm bahasa istana? Kalau rujuk di portal istana negara, dukacita bahasa awam = murka bahasa istana. Blh jelaskan? | Dukacita bermaksud duka, susah (sedih) hati. Manakala murka bermaksud marah. Oleh itu, dukacita juga digunakan sebagai bahasa istana. | Lain-lain | 30.07.2021 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang maksud "dukacita". Merujuk kepada Kamus Dewan (laman PRPM), dukacita mempunyai definisi susah hati dan sedih. Namun begitu, merujuk kepada laman Istana Negara berkenaan bahasa istana (http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/) perkataan ke-14 dalam senarai perkataan menunjukkan Dukacita (bahasa Awam) seerti dengan Marah atau Murka dalam bahasa istana. Mohon penjelasan dan pencerahan untuk penggunaan perkataan dukacita. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud perkataan yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam konteks tersebut. | Tatabahasa | 30.07.2021 |
Assalamualaikum encik Dukacita dimaklumkan pada percubaan yang ke 7, kami masih gagal. Pihak DBP masih tegas menyuruh kami menukarkan nama studio kepada butik. Ini adalah penyertaan yang ke -8 beserta keterangan yang baru. "HAJUWA dipilih sebagai nama perniagaan kerana ianya adalah singkatan dan gabungan nama pemiliknya sendiri. Ianya juga dipilih kerana mudah disebut dan dieja, sekaligus memudahkan para pelanggan mengingati nama perniagaan kami. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami menyediakan servis penyewaan studio bagi tujuan penggambaran. Dan pejabar urusan bagi menempatkan pekerja kami membuat kerja pemasaran, pengurusan studio dan sebagainya. Kami juga ingin menegaskan bahawa kami tidak membuat butik di situ. Kami harap penjelasan ini jelas untuk memberitahu bahawa perniagaan kami adalah menyediakan tempat untuk penggambaran (studio) sahaja. " Adakah masih memerlukan perubahan? Sila berikan nasihat bagi meluluskan permintaan kami kerana ianya sangat memakan masa. Terima Kasih. | Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 30.01.2017 |
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan ayat 'Dukacita'. Dalam bahasa istana ia bermaksud marah. Tetapi ketika rujuk kamus ia bermaksud sedih. Jika adalah urusan rasmi adakah ia bermaksud marah? Terima kasih http://www.istananegara.gov.my/bahasa-istana/ https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Dukacita | Untuk makluman tuan Kamus DBP memberikan maksud yang lazim digunakan. Walau bagaimanapun, sesuatu perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks atau laras penggunaannya. Contohnya, perkataan dukacita bermaksud perasaan sedih atau susah hati dalam konteks umum, namun dalam laras bahasa istana perkataan dukacita hendaklah dibaca dengan maksud yang dinyatakan dalam laras tersebut. | Istilah | 30.07.2021 |
saya hendak bertanya tentang ejaan sukacita dan dukacita. Adakah dua perkataan itu ditulis atau dieja secara rapat? Kalau tidak silap saya, hanya 15 perkataan sahaja yang ditulis secara rapat, seperti yang ada dalam buku Tatabahasa Dewan. Terima Kasih.. harap penjelasan. | Ejaan yang betul ialah sukacita dan dukacita. Kedua-dua perkataan ini bukan kata majmuk yang secara lazimnya dieja bercantum. | Ejaan | 25.07.2011 |
Harap dapat penjelasan mengenai penggunaan 'sukacita' atau 'dukacita' di dalam penulisan surat. Yang mana betul "Sukacita dimaklumkan bahawa ...." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Encik Yahaya, sukacita - senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; Dengan sukacitanya / dukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Tatabahasa | 04.03.2010 |
suka cita, duka cita | Dieja bercantum sukacita, dukacita | Ejaan | 17.07.2008 |
NOTIS DENGAN TINDAKAN: MENGADAKAN TONG SAMPAH JENIS MUDAH ALIH Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan pemantauan pegawai dan makluman dari konsesi kutipan sisa pepejal seliaan pihak Majlis mendapati, pengurusan sisa buangan dirumah sampah iaitu sisa domestik (sisa kantin) masih berulang dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini telah diingatkan melalui notis terdahulu berkaitan untuk mengadakan tong sisa dan mengasingkan lokasi antara sisa domestik (sisa kantin) dengan sisa asrama. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon dalam tempoh empat belas (14) hari untuk mengadakan tong sampah jenis mudah alih berkapasiti 1100liter untuk pengurusan kutipan sisa domestik (sisa kantin) sahaja oleh pihak Majlis dan menyemak semula perjanjian tuan dengan pihak kontraktor kebersihan sekolah yang perlu menguruskan baki sisa dari asrama untuk dilupuskan ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. 4. SILA AMBIL PERHATIAN, bagi melicinkan proses kutipan sisa pepejal di tempat tuan, pihak tuan kehendaki untuk mematuhi kehendak notis ini dan pihak Majlis boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan berhubung perkara tersebut. Kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai. | Tiada soalan yang dikemukakan melalui platform ini. Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Pihak kami akan menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2025 |
penggunaan perkataan menyesal dan menyesali...maksud dan contoh ayat untuk membezakannya | Menyesal bermaksud berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf. Contoh: Jika tidak lulus, jangan menyesal nanti. Manakala menyesali pula bermaksud menyesal akan; berasa tidak senang kepada; berasa sesal terhadap. Contoh: Pemandu lori itu menyesali perbuatannya yang cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.
| Lain-lain | 11.09.2020 |
maklumat waktu pulang sekolah SEMPENA cuaca panas. adakah betul penggunaan SEMPENA itu? bolehkan perkataan SEMPENA digunakan bagi peristiwa dukacita? seperti cuaca? | Penggunaan perkataan “sempena” tidak betul kerana bermaksud berkat atau tuah. Perkataan yang betul ialah “bersempena” yang membawa maksud mengambil sempena sesuatu peristiwa. Walau bagaimanapun, perkataan “bersempena” dalam konteks ayat yang diberikan tidak boleh digunakan kerana “cuaca panas” bukan merupakan peristiwa, sebaliknya keadaan. Ayat yang betul ialah “Makluman waktu pulang sekolah ketika cuaca panas.” | Tatabahasa | 08.05.2023 |