Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ku] | دوکو

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya spt langsat tetapi kulitnya lebih tebal), Lansium domesticum; ~ langsat buah drpd pokok hasil cantuman pokok duku dan langsat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku] | دوکو

Definisi : bp = menduku mengetuk kepala dgn buku jari, meluku, menyekeh: dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku] | دوکو

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya seakan-akan buah langsat), Lansium domesticum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[du.ku] | دوکو

Definisi : ; menduku mengetuk kepala dgn buku jari; menyekeh; meluku: Dia dimarahi kerana telah ~ kepala adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duku

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: Banyak buah tempatan yang saya gemari antaranya rambutan, duku, dan durian. Solan: Perkataan 'antara' memerlukan tanda koma atau tidak? Jika perlu, di manakah perlu diletakkan, di hadapan atau di belakang kata 'antara' ?Ayat yang betul ialah Banyak buah tempatan yang saya gemari antaranya termasuklah rambutan, duku, dan durian. Tatabahasa08.03.2021
Encik, 1.Penggunaan 'sementara' dalam ayat berikut betul @ salah? "Ahmad suka makan langsat sementara adiknya suka makan duku." 2. Adakah terdapat hukum bahawa 'demi' perlu diikuti oleh kata nama & 'untuk' perlu diikuti oleh kata kerja? Terima kasih.Penggunaan yang lebih tepat ialah manakala. Demi dan untuk tidak semestinya diikuti kata nama atau kata kerja, dan kata tersebut mempunyai makna yang sama.Makna12.09.2007
apakah beza mendokong dan menyokongUntuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji.

Kata mendukung pula bermaksud:
1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 
2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan.
3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan.
4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 
5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 
6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb.

Kata menyokong bermaksud:
1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb.
2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu.
3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll).

Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala  menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas