Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ku.ngan] | دوکوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ku.ngan] | دوکوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg didukung: Dia meletakkan ~nya lalu berehat sebentar. 2 tempat mendukung pd tubuh (spt pinggang atau belakang): Bayi itu terlena di atas ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud “rakyat terbanyak”?
Definisi "rakyat terbanyak" tiada dalam kamus terbitan DBP namun berdasarkan carian dalam Internet, frasa ini ada digunakan, contohnya:

mendapat dukungan dan sokongan rakyat terbanyak
Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak
Membela Nasib Rakyat Terbanyak
prasarana asas sangat diperlukan rakyat terbanyak
Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak

Berdasarkan penelitian awal, rakyat terbanyak membawa maksud kebanyakan rakyat atau majoriti rakyat. Walau bagaimanapun, kami akan membuat penelitian lanjut tentang makna frasa ini.
Makna17.01.2023

Kembali ke atas