Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.lu] | دولو

Definisi : bp dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dulu

Puisi
 

Dari dulu pinang seribu,
     Hinggap sekarang pinang sebatang;
Dari dulu pengajar ibu,
     Hingga sekarang pengajar datang.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"saudara anjing = adik beradik satu ibu tapi berlainan bapa" DBP tidak terfikirkah untuk memansuhkan peribahasa ini dan digantikan dengan peribahasa yang lebih elok bunyinya? Ini kerana peribahasa ini memberikan implikasi negatif kepada sesiapa sahaja yang digelar sedemikian rupa. Walaupun ia dicipta oleh orang dulu-dulu namun tidak semestinya ia elok digunakan untuk zaman ini dan tidak salah untuk ia dimansuhkan.Untuk makluman, peribahasa merupakan warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya direka pada masa kini. Pihak DBP hanya merakamkan warisan tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman dan kami tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan atau menggantikan peribahasa tersebut dengan perkataan lain walaupun bagi sesetengah pihak, peribahasa tersebut kurang sesuai digunakan.Sastera17.08.2017
'Dulu' ialah bahasa percakapan untuk 'dahulu' tetapi, penggunaannya lebih meluas dalam masyarakat. Apa proses yang perlu berlaku untuk 'dulu' dapat digunakan dalam penggunaan urusan rasmi? Hal yang sama juga ingin saya tanyakan dengan bahasa percakapan yang lain.

Perkataan “dulu” ialah bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam penulisan atau urusan rasmi. Untuk urusan rasmi, perkataan yang betul ialah “dahulu”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa12.08.2022
antara soalan berikut yang manakah boleh digunakan. 1. saya balik dulu. 2. saya balik dahulu. dan pertanyaan lain ialah... apa beza antara dulu dengan dahulu??Ayat dan ejaan yang betul ialah "Saya balik dahulu", dulu lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan dan dahulu ialah kata yang digunakan dalam konteks rasmi dan penulisan. Tatabahasa27.05.2011
Jika dulu perkataan 'keberkesanan' sering digunakan. Kini perkataan 'keberhasilan ' pula dipopularkan. Adakah perkataan seperti 'kebersebaban', 'kebersahihan', 'kebergunaan', 'keberlebihan' dan keberimpakan boleh digunakan ?

Kata terbitan kebersebaban dan kebergunaan ada digunakan dalam kamus dan istilah DBP, keberlebihan - tidak terdapat contoh penggunaannya dalam kamus tetapi kata terbitan ini boleh dibentuk kerana ada kata kerja berlebihan, walau bagaimanapun tidak terdapat contoh penggunaan kata kebersahihan dan keberimpakan dalam sumber rujukan kami.

Tatabahasa17.04.2010
Betulkah penggunaan ayat berikut: "Jangan bersifat jahil seperti saya yang masa dulu." Saya musykil dengan "yang masa dulu" (untuk membawa maksud "like me last time") Bolehkah tuan/puan mengesahkan penggunaannya atau membetulkan ayat tersebut? Terima kasihAyat tersebut ialah rakaman bahasa percakapan, ayat yang gramatis "Jangan jahil seperti perbuatan saya pada masa dulu."Tatabahasa01.09.2016
Apakah perbezaan makna antara perkataan DAHULU dengan DULU.Bagaimanakah cara penggunaannya dan Saya amat berbesar hati jika Tuan dapat memberi contoh ayatnya. Yang mana satu lebih bagus dari segi ayatnya; (a) Terlebih dulu, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah diambil untuk meningkat produktiviti... (b) Terlebih dahulu, Saya ingin mengucapkan.....Dulu ialah bahasa percakapan bagi dahulu. Oleh itu, dalam situasi rasmi kata dahulu yang digunakan.Tatabahasa11.09.2009
Apakah kelas kata bagi "kelmarin dulu"?Kelas kata bagi "kelmarin dulu" ialah adverba.Tatabahasa07.02.2015
Salam sejahtera Tuan, apakah perbezaan di antara perkataan 'dulu' dan 'dahulu'? Terima kasih.

Dulu ialah bahasa percakapan dahulu, oleh itu dalam penulisan/situasi rasmi kata dahulu yang digunakan. 

Lain-lain10.05.2010
Apa istilah yang sesuai untuk diterjemahkan bagi ayat tersebut? "Kau yang mulakan dulu. Sekarang, kau nak 'play victim' pula?"Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "Kau yang mulakan dulu. Sekarang, kau nak acah-acah jadi mangsa pula?"Penyemakan dan penterjemahan24.09.2022
apakah beza antara depan dengan hadapan? masa depan atau hadapan? apakah beza antara dahulu dengan dulu?

Yang baku ialah masa hadapan dan dahulu. Walau bagaimanapun masa depan dan dulu boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Tatabahasa27.07.2010
12345678910

Kembali ke atas