salam, Praperang Dunia Ke-2 atau pra-Perang Dunia Ke-2 @ Pascaperang Dunia ke-2 atau pasca-Perang Dunia Ke-2 yang manakah lebih tepat? | Salam, Jawapan yang betul: 1. Praperang Dunia ke-2 2. Pascaperang Dunia ke-2 | Ejaan | 29.10.2015 |
Saya ingin tahu yang mana satukah yang betul yang membawa maksud 'mati' - meninggal / meninggal dunia / atau meninggalkan dunia? Adakah meninggal dunia merupakan kata majmuk atau kata kerja transitif? | Penggunaan yang betul ialah meninggal dunia dan merupakan kata majmuk. | Tatabahasa | 10.03.2020 |
atas dunia ini atau di atas dunia ini? | Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Salam... Adakah "Perang dingin", "Perang saudara"", "Perang dunia pertama", dan "Perang dunia kedua" merupakan nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar pada setiap pangkal katanya? | Wassalam, Tuan/Puan, Peperangan yang merujuk perang khas perlu dieja dengan huruf besar seperti Perang Dingin, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Perang saudara ditulis sebagai kata nama am kerana merujuk perang saudara yang umum. Sekiranya merujuk Perang Saudara Amerika (1861-1865), baru ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 16.02.2016 |
Dia datang dari / daripada dunia yang berlainan. Dia ingin keluar dari / daripada dunia yang berdosa dan penuh dengan kegelapan. kata sendi yang manakah sesuai digunakan dalam ayat-ayat di atas? terima kasih. | Dia datang daripada dunia yang berlainan. Dia ingin keluar daripada dunia yang berdosa dan penuh dengan kegelapan. Kami berpandangan kata dunia dalam konteks ayat tersebut merujuk sumber, bukan tempat yang secara fizikalnya boleh diketahui, maka kata sendi nama yang sesuai ialah daripada. | Tatabahasa | 09.04.2014 |
Pada masa ini kebanyakan orang menyebut perkataan bertaraf dunia. Adakah orang lain tidak tinggal tinggal di dunia? 2. Kebanyakan orang menyebut pasca sebagai paska. Apa pendapat DBP? | Bertaraf dunia bermaksud mempunyai taraf peringkat dunia, satu peringkat yang meluas, tinggi dan menyeluruh. Kata pasca disebut pasca, bukan paska. Kebanyakan orang menyebutnya sebagai paska kerana terikat dengan sebutan dalam bahasa Inggeris, c dilafazkan sebagai k. | Lain-lain | 08.09.2007 |
Salam sejahtera, di dalam dunia atau dalam dunia? Bagaimana ingin membezakan "di dalam" dan "dalam"? "Hal ini demikian kerana" atau "hal ini kerana"? Mohon pencerahannya. | Penggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 284. | Lain-lain | 20.12.2018 |
Tuan Munsyi: 1.di persada dunia betul atau pada persada dunia?Mengapa? | Di persada dunia betul kerana persada bermakna tempat dan penggunaan di adalah untuk tempat. | Tatabahasa | 30.08.2016 |
Yang mana paling tepat: a) Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari / daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
1. di dalam atmosfera atau dalam atmosfera? 2. di dalam al-Quran atau dalam al-Quran? 3. Jasanya pada dunia atau jasanya kepada dunia? | Frasa yang betul ialah: 1. dalam atmosfera 2. dalam al-Quran 3. Jasanya kepada dunia | Tatabahasa | 23.08.2011 |