bagaimana degan ayat ini, bolehkah diterima penggunaannya. Ayat : Ayah membeli durian dengan banyaknya. | Ayah membeli durian durian dengan banyaknya - ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
untuk produk "Freeze Dried Durian" mana satu lebih tepat sama ada "Durian Kering Beku" atau "Durian Beku Kering" | Padanan yang lebih tepat bagi Freeze Dried Durian ialah "Durian Kering Beku". | Istilah | 25.06.2018 |
Hello, Apakah penjodoh bilangan yg betul utk durian? Saya makan sebiji durian atau sebuah durian? | Jawapan ialah sebiji durian. Terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2007 |
Apakah maksud simbol '/' ini dan mana satukah yang betul? - durian/rambutan - durian / rambutan | Maksud simbol tersebut ialah atau. Penggunaan simbol yang betul ialah durian/rambutan | Lain-lain | 21.12.2015 |
Apakah maksud simpulan bahasa durian tunggal | Tidak ada simpulan bahasa durian tunggal. Yang ada, "Dapat durian runtuh". Durian tunggal ialah nama sebuah tempat di Melaka. | Makna | 18.07.2016 |
Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan penjodoh bilangan "biji" dan "buah"? Contohnya: (1) Biji durian atau buah durian (2) Biji epal atau buah epal Terima kasih | Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan untnk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Penggunaan perkataan buah dan biji dalam “buah durian” dan “biji durian” bukanlah penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan untuk durian ialah “biji” iaitu “sebiji durian” bukan “sebuah durian”. Ayat “sebiji buah durian” boleh membantu anda memahami penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 13.02.2014 |
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. | Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3) saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Pihak FAMA akan mengadakan program berkaitan durian. Sehubungan itu, kami ingin meminta cadangan dari pihak DBP tentang penggunaan perkataan Fiesta Durian atau Pesta Durian. Mohon tindakan segera dari pihak tuan. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah Pesta Durian. | Karya | 28.04.2016 |
Salam dan selamat pagi. Apakah padanan yang bersesuaian bagi kedua-dua istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk gred durian iaitu 'musang king'? Adakah seperti berikut: - Durian Musang King (BM) - Durian of Mousang King (English) Terima kasih. | Musang king merupakan nama yang merujuk kod dan jenis durian. Maka, ejaan bagi nama durian tersebut perlu dikekalkan dengan menggunakan huruf kecil (kecuali pada permulaan ayat) seperti tumbuhan lain. Contohnya, durian belanda, lidah buaya dan periuk kera. | Ejaan | 10.02.2020 |
saya suka sangat makan durian atau saya sangat suka makan durian | Saudara, Ayat yang betul ialah 'saya sangat suka makan durian' manakala ayat ' Saya suka sangat makan durian lebih merupakan bahasa percakapan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.07.2009 |