Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dus.ta] | دوستا

Definisi : 1. bohong, tidak benar: katanya dia se­dang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~; mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar; mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita; mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu; kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat; pendustaan perihal mendustai, pem­bo­hongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW; pendusta orang yg suka berdusta, pem­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dus.ta] | دوستا

Definisi : tidak benar (bkn perkataan dll); bohong: Tuduhan itu ~ semata-mata kerana tidak ada buktinya. berdusta berkata tidak benar; berbuat dusta: Kalau dr kecil sudah pandai ~, apa lagi kalau sudah besar. mendustai membuat dusta kpd (terhadap); bercakap bohong kpd: Kita dilarang ~ sesiapa saja. mendustakan menganggap dusta (bohong); membohongkan: Janganlah ~ ajaran-ajaran agama. kedustaan perihal dusta; sesuatu yg dusta: Kejujuran ialah amanah dan ~ ialah khianat. pendustaan perbuatan mendustai atau mendustakan: ~ dan pembohongan dilarang sama sekali. pendusta orang yg (suka atau selalu) mendustai orang lain; pembohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah perbezaan antara "karut" dengan "mengarut". Bolehkah penerangan diberikan dari segi penggolongan kata (seperti kata nama, kata kerja/kata adjektif) dan contoh penggunaan dalam ayat selain daripada contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih.Karut ditakrifkan sebagai tidak benar (berkenaan cerita, berita dan lain-lain); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. Karut tergolong dalam perkataan kata adjektif. Contoh ayat; Semua cerita yang disampaikan oleh Tuan Mansor karut.

Mengarut pula ialah bercakap karut atau bohong. Mengarut tergolong dalam perkataan kata kerja. Contoh ayat; Kita seharusnya bersedia agar tidak mengarut dalam menjawap peperiksaan.
Tatabahasa16.04.2013
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.
Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.
Lain-lain28.08.2009
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQSdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~.Tatabahasa05.12.2007

Kembali ke atas