Apakah definisi dan konsep duta kecil? | Duta kecil ialah kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg "duta" (utk menggalakkan pelancongan, pertukaran pelajar, belia dsb); wakil negara yg pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Saya ingin bertanyakan kesesuaian pernyataan berikut sebagai tema persidangan: Penulisan pernyataan berikut yang manakah paling bertepatan? a. Kenali Ubat, Duta Hebat, Komuniti sihat. atau b. Kenali Ubat : Duta Hebat, Komuniti Sihat. Untuk makluman, duta disini merujuk kepada wakil masyarakat yang telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai agen perubahan dalam memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah secara berkualiti. | Kami mencadangkan pernyataan b. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Komuniti Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
"Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau "Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau kedua-duanya sekali boleh digunakan? | Perkataan pejabat tidak perlu diulang kerana perkataan 'kompleks' telah membawa makna 'kumpulan' atau 'banyak'. Perkataan yang betul ialah Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
soalan Duta Amerika ke Malaysia atau Duta Amerika di Malaysia | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan, bergantung kepada situasi. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pernyataan d. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
salam,,saya ingin membuat kajian tentang dialog antara agama di Malaysia.soalan saya adakah terdapatnya buku tersebut di DBP..terima kasih | Terima kasih atas soalan anda. Secara terperincinya, bahan untuk kajian saudara itu amat kurang di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Ini kerana koleksi kami menumpukan kepada koleksi bahasa,sastera dan budaya.Saudara boleh membuat rujukan di Perpustakaan IKIM, Jalan Duta, Perpustakaan JAKIM di Putrajaya, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 15.07.2010 |
Saya Nuruyah cheadeng, sedang belajar di pusat bahasa Melayu kelas dasar ingin bertanya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata ganda dengan kata majmut, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 26.11.2013 |
saya Areed Bilsan sedang belajar bahasa melayu dasar di University Fatani Salatan Thai. saya ingin mengetahui tentang kata ganda dan kata majmuk dalam bahasa Melayu.Terimakasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 24.10.2013 |
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih. | Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka. | Lain-lain | 19.07.2012 |
askm, saya agak keliru dengan kata ganda. ada pendapat mengatakan kata seperti pinggan mangkuk, riuh rendah tidak tergolong dalam golongan kata ganda berentak. bagaimana nak bezakan kata ganda berentak dengan kata majmuk dan golongan kata lain. Terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.02.2011 |