Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~, tengok rumah terbakar di sana!; ~, jaga baik-baik titi itu licin!; ~, tak malu budak telanjang! (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf kelima abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf kelima abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e

Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SELAMAT PAGI TUAN/PUAN. BAGAIMANA MENGENALI e PEPET DAN e TALING? TERIMA KASIHDalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi e (dalam perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda), manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 300.Ejaan24.08.2012
dalam bahasa melayu ada dua jenis 'e', e pepet dan e taling. bilakah digunakan e tersebut dan bagaimana bagi bukan penutur jati untuk mengetahui perbezaannya?tkUntuk mengetahui perbezaan sesuatu perkataan itu sama ada menggunakan e pepet atau e taling, sila rujuk kamus yang berkenaan.Tatabahasa01.11.2010
Apakah panduan untuk kita mengenal pasti bahawa sesuatu perkataan itu dibaca sebagai `e taling`atau `e pepet `.Contohnya, untuk perkataan ` pepet`. apakah sebutan yang betul? Terima kasihMerujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300.Tatabahasa05.09.2008
1.Bagaimanakah caranya untuk mengenali 'e' taling dan 'e' pepet dalam satu perkataan. 2.Apakah sebutan untuk perkataan PANEL. terima kasih

1. Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling  manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling),  o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.  Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. panel (e pepet)

Ejaan08.02.2011
saya nak bezakan e pepet dan e talingDalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa28.08.2008
Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel?Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel.Ejaan22.11.2013
Salam sejahtera. Berdasarkan soal jawab Pelita Bahasa Aprl 2013, perkataan 'meng-e-melkan' betul dalam peraturan bahasa. Adakah 'di-e-melkan' & 'ter-e-mel' juga betul ? Terima kasih.

Perkataan meng-e-melkan, di-e-melkan, peng-e-melan dan ter-e-mel betul mengikut peraturan tatabahasa tetap lebih gramatis apabila menggunakan frasa, 'mengirimkan e-mel...',

Tatabahasa08.05.2013
sebuatan untuk perkataan pensel, d imana letaknya e taling dan e pepet. terima kasih

Dalam ejaan pensel - e (taling) + e (taling). Contoh penggunaan e (pepet) seperti dalam ejaan emak, emas dan lebih.

Tatabahasa15.04.2011
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan ledak? E taling atau e pepet?Ledak - e pepet sama seperti sebutan e dalam bedak.Tatabahasa08.09.2013
Bagaimana hendak membezakan sebutan e- emak dan e-epal??Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui lafaz huruf e, sama ada e taling atau e pepet. Bagi  huruf e taling cara sebutannya dinyatakan di dalam kurungan.Ejaan01.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas