Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e-mail


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Iklan bagi penggunaan bahasa Melayu Malaysia di luar negara di Australia telah dilampirkan : http://www.kangchuentat.net/rowvillelibrarychinese.doc. Pelawat diundang untuk melawatnya. Sekian, terima kasih. Web : http://kangchuentat.freewebspace.com. SMS : 0405421706; E-mail / E-mel : chuentat@hotmail.com; Address / Alamat : PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia. Sender / Pengirim : Kang Chuen Tat- 江俊达.Lihat LampiranTatabahasa02.07.2012
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasihBerdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa14.05.2011
Saya ingin mendapatkan e-mail atau no telefon Novelis Baharuddin Kahar.Salam. No. telefon novelis Baharuddin Kahar ialah 017-5145887. Sekian dan wassalam. Lain-lain13.06.2009
Tuan, yang manakah betul untuk ejaan E-mail dalam Bahasa Melayu, E-mel atau Emel? Terima Kasih.E-melEjaan01.08.2011
Tuan, yang manakah bentul untuk ejaan E-mail dalam Bahasa Melayu, E-mel atau Emel? Terima KasihEjaan yang betul ialah e-mel.Ejaan29.07.2011
saudara, bolehkah sekiranya saya ingin menghantar sebarang karya kepada sebarang majalah terbitan DBP hanya melalui e- mail?Karya boleh dihantar melalui e-mel. Alamat e-mel editor ada dalam majalah.Lain-lain27.10.2007
Mengapakah perkataan `e-mel`perlu ada tanda sempang (-)? Terima kasih.Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mail ialah kependekan perkataan electronic mail.Ejaan16.09.2008
Saya ingin memohon pengesahan pihak DBP keatas iklan papantanda syarikat seperti dilampiran. Untuk makluman tuan, 'AXA AFFIN redefining / standards' adalah 'tagline' syarikat. **mohon maaf kerana tidak meggunakan portal pengesahan bahasa. Telah mencuba selama 2 hari tapi tidak berjaya masuk ke e-mail.Sila masuk menggunakan DBP Khidmat Pengesahan Bahasa.  Pengesahan tidak dapat dilakukan di laman ini. Jika menghadapi masalah, hubungi DBP dan nyatakan masalah teknikal yang dihadapi.Lain-lain23.10.2012
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial.
2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu.
3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.
4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan.
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah.
7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair.
8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis.
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas.
10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat.
11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris.
12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2013
saya ingin bertanya adakah pihak anda mempunyai biografi pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad? jika ada, bagaimanakah saya boleh mendapatkannya? kerana saya telah pun cuba untuk mebaca buku Wajah yang merupakan himpunan biodata pengarang yang diterbitkan oleh DBP. namun pengarang seperti Jamilah Haji Ahmad tidak tersenarai dalam buku tersebut. Oleh itu, jika pihak anda mempunyainya, bolehkah saya mendapatkan biodata Jamilah Haji Ahmad tersebut melalui e-mail? Kerana saya memerlukannya untuk keperluan kerja kursus iaitu mencari tokoh dalam bidang filologi. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. Sekian.Untuk pengetahuan saudara/saudari, Jamilah Haji Ahmad ialah seorang mantan pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk rujukan biografinyanya secara ringkas, boleh didapati dalam buku Sejarah Kesusasteraan Tradisional terbitan DBP. Untuk memudahkan urusan saudara/saudari boleh juga berhubung terus dengan beliau di no telefon seperti yang berikut, iaitu 03-87366437 Lain-lain21.02.2008
12

Kembali ke atas