Yang manakah betul? e-sukan E-sukan E-Sukan e-Sukan mohon pencerahan. | Ejaan yang betul ialah "e-sukan". Sekiranya perkataan ini terletak pada awal ayat, huruf pertama perlu menggunakan huruf besar, iaitu"E-sukan". | Tatabahasa | 18.07.2024 |
1.Pertandingan E-sukan 2.Pertandingan e-Sukan 3.Pertandingan E-Sukan yang manakah yang betul terima kasih | Ejaan perkataan e-sukan (menggunakan huruf kecil atau besar) mengikut konteks seperti berikut: (1) Penggunaaan perkataan e-sukan digunakan sebagai tajuk/ kata nama khas: Pertandingan E-sukan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 DBP menganjurkan E-sukan DBP buat julung-julung kalinya.... (2) Penggunaan umum dalam ayat: Majlis Olimpik Asia (OCA) telah mengumumkan e-sukan akan menjadi sukan rasmi pada Sukan Asia 2022. | Ejaan | 19.09.2023 |
salam saya ingin menrealisasikan Koperasi E-Sukan Selangor tetapi KKM mengatakan E-Sukan tidak wujud dalam kamus dewan bahasa. http://www.e-sukan.com/ - disokong oleh KBS mohon bantuan pihak tuan | Untuk makluman, perkataan e-sukan tiada dalam pangkalan data kami. Sila berikan maklumat lebih lanjut mengenai perkataan "e-sukan" dan huruf "e" tersebut. Untuk makluman, huruf "e' tersebut hanya diterima sekiranya huruf tersebut merujuk kepada perkataan "elektronik". Contohnya: e-kerajaan | Lain-lain | 26.11.2015 |
Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum ini | Sekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus. | Istilah | 27.11.2015 |
Salam sejahtera, adakah perkataan “peminat” dan “e-sukan” tergolong dalam golongan kata nama am? Mohon pencerahan pihak dbp. Terima kasih. | Perkataan “peminat” dan “e-sukan” merupakan kata nama am. “Peminat” merujuk kepada benda-benda hidup, iaitu sama ada manusia atau bukan manusia, manakala “e-sukan” ialah kata nama am tak hidup yang merujuk sama ada berbentuk institusi atau bukan institusi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan: Golongan Kata, halaman 15.
| Tatabahasa | 06.07.2023 |
apakah istilah untuk "rank" @ "ranked" dalam konteks permainan mobil/digital. | Cadangan padanan bagi istilah rank atau ranked dalam bahasa Melayu ialah kedudukan atau pangkat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang e-sukan. | Istilah | 10.05.2024 |
Untuk penjelasan industri sukan, Sukan Kanu atau Sukan Kenu?. "a" atau "e" | Ejaan yang betul ialah “sukan kanu”. | Ejaan | 20.04.2023 |
1. Apakah ayat ini betul? Saya mahu jadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara. 2. Bagaimanakah cara sebutan atlet? E taling atau e pepet? | Ayat yang betul ialah “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya. Saya mahu mengharumkan nama negara.” Kedua-dua ayat ini boleh juga digabungkan menjadi ayat majmuk “Saya mahu menjadi jaguh sukan sepertinya dan mahu mengharumkan nama negara.” Sebutan “atlet” ialah [at.lét] dengan sebutan e (taling). | Tatabahasa | 11.10.2021 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan/Cik, Saya Norain Mohd Tamsir, Personel MySTEP di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman tuan/puan, kami di IYRES bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) untuk meghasilkan sebuah 'Coffee Table Book' sebagai hasrat untuk menghargai tokoh belia Malaysia di atas sumbangan mereka kepada negara dan menjadi bahan inspirasi kepada belia generasi kini. Oleh itu, pihak kami memerlukan 'peer review' untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan dalam penulisan buku tersebut. Boleh kami dapatkan nama-nama pegawai atau siapa-siapa yang boleh membantu kami untuk tujuaan ini? Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP menyediakan perkhidmatan semakan dokumen secara berbayar. Kami akan mengeluarkan sebut harga dan sekiranya pihak puan bersetuju barulah semakan dilakukan. Sila hubungi kami melalui e-mel dan lampirkan manuskrip berkenaan melalui fadhilah@dbp.gov.my (Puan Fadhilah binti Bahar) dan ayu@dbp.gov.my (Puan Rohayu binti Ismail). | Lain-lain | 17.09.2021 |
Salam, Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan padanan bahasa Melayu bagi entri-entri bahasa Inggeris dalam bidang Sains Sukan yang dilampirkan. Terima kasih | Kami memerlukan sedikit masa untk menyemak senarai yang tuan berikan. Jawapan tersebut akan di-e-mel terus kepada tuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2015 |