Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. (of class of air travel) kelas ekonomi; (attrib) ekonomi: ~ class, kelas ekonomi; 5. (of packaged product), (attrib) ekonomi: ~ pack, pek ekonomi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (system for the) management of resources, ekonomi: inflation would have adverse effects on the country’s ~, inflasi akan mendatangkan kesan-kesan buruk thdp ekonomi negara; agricultural ~, ekonomi pertanian; 2. avoidance of waste, cermat, hemat, jimat: the household is run with considerable ~, rumah itu diurus dgn begitu cermat; practise ~, berjimat, bercermat, berhemat; 3. instance of avoiding waste, berjimat, bercermat, berhemat: buying cheap cloth is a false ~, membeli kain murah bukan sebenarnya berjimat; with some small economies, you should be able to save more money, dgn berjimat sedikit-sedikit kamu dapat menyimpan lebih banyak wang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata economy

Peribahasa

43

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan untuk shadow economy atau underground economy?

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

Shadow economy: Ekonomi bayangan

Underground economy: Ekonomi bawah tanah

Istilah24.10.2019
Saya ingin mendapatkan terjemahan bahasa Melayu perkataan ethno-economy dan adverserial relations. Terima kasih.Tiada padanan ethno-economy dalam pangkalan data kami. Berdasarkan bentuk istilah yang ada seperti etnokejururawatan (ethno-nursing), maka kami mencadangkan ethno-economy diterjemahkan kepada etnoekonomi. Tiada maklumat tentang adverserial relations dalam pangkalan data kami.Penyemakan dan penterjemahan13.10.2017
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP, The process of one economy’s catching up with another economy is called convergence . Starting from a lower base level of technology, a huge amount of growth was possible through “technology catch-up.” Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang sesuai digunakan dalam bahasa Melayu bagi istilah "catching up"? adakah persaingan atau pergandingan atau merapatkan diri? Apa pula perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "convergence"? Sekian,Terima Kasih.Waalaikumussalam. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “catching-up ialah mengejar, manakala untuk “convergence” ialah pertemuan. Sekian. Terima kasih.Istilah19.09.2017
Apakah terjemahan paling tepat atau sesuai untuk istilah gig economy, gig workers dan gig works?

Kami mencadangkan istilah “gig economy” diterjemahkan sebagai ekonomi jangka pendek atau ekonomi sementara, “gig workers” pula diterjemahkan sebagai pekerja sementara, pekerja sambilan atau buruh upahan, manakala “gig works” diterjemahkan sebagai kerja sambilan. Terjemahan ini berdasarkan konsep asal “gig” di barat yang memberi maksud perihal kerja atau pekerja yang berkhidmat untuk sementara tanpa melibatkan sebarang kontrak atau perjanjian dengan majikan.

Istilah16.01.2020
salam sejahatera,, ap istilah 'lean economy' dalam bahasa melayu?Salam sejahtera. Mohon pihak tuan/puan menyediakan ayat atau konteks istilah untuk padanan bahasa Melayu yang tepat. Terima kasih.Makna11.01.2018
Apakah pandangan DBP dengan terjemahan berikut: Gig economy: Ekonomi lejang
Cadangan padanan tersebut boleh digunakan bergantung kepada konteks penggunaannya.
Lain-lain28.06.2020
Apakah terjemahan yang tepat untuk nama khas ini - Blue Economy Advancement Centre. Adakah Pusat Pemajuan Ekonomi Biru bertepatan?Cadangan jawapan yang betul ialah Pusat Kemajuan Ekonomi Biru
Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu.
Makna06.09.2024
Saya ingin bantuan mendapatkan terjemahan untuk tema persidangan kami iaitu “Powering the Economy, Leading with Dynamism”. terima kasihUntuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat penterjemahan. DBP hanya menyemak perkataan bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk pengesahan bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan30.09.2014
Saya ingin bantuan mendapatkan pengesahan terjemahan untuk tema persidangan kami iaitu “Powering the Economy, Leading with Dynamism”. Adakah terjemahan berikut tepat? 1. Menguasai Ekonomi, Menerajui dengan Dinamisme atau 2. Menguasai Ekonomi, Terajui dengan Kedinamikan” terima kasihKlausa yang betul ialah "Menguasai Ekonomi , Menerajui Kedinamikan".Penyemakan dan penterjemahan01.10.2014

Kembali ke atas