Fareha Fuzi SAB 3.10 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya? | Waalaikumusalam Puan Fareha Fuzi, Untuk makluman puan, Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi terbaru ialah Edisi Kedua terbitan tahun 2005. Harap maklum, terima kasih. | Lain-lain | 20.05.2017 |
Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan yang betul dari segi bahasa untuk "New Limited Edition". Adakah ia: "Baru Edisi Terhad" atau "Edisi Terhad Baru" | Terjemahan yang betul ialah Edisi Terhad Baharu. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.12.2016 |
"Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat." Bagaimana boleh saya dapatkan senarai untuk semua penambahan-penambahan dan perubahan-perubahan tersebut? | Sila buat surat rasmi kepada Bahagian Perkamusan untuk urusan tersebut. | Lain-lain | 09.02.2018 |
Saya ingin bertanya berkenaan format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh, edisi pertama, january 2020, kemaskini julai 2020 ada spesifik format tak? | Salam, Format penulisan edisi buku atau penerbitan contoh Berhubung dengan soalan yang diajukan tersebut, pihak kami memerlukan penerangan lanjut tentang soalan yang diajukan. Oleh itu, mohon kerjasama pihak puan untuk mengajukan soalan tersebut kepada: Encik Mohd Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, 03-2147 9430 rar@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.07.2020 |
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly? | 1. Perkataan reriang boleh digunakan. 2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung. | Tatabahasa | 24.09.2017 |
Fareha Fuzi SAB 3.09 PTG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, buku Kumpulan Pantun Melayu Kurik Kundi Merah Saga edisi yang terbaru edisi yang ke berapa ya? | Sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 untuk pertanyaan tentang buku dan perkhidmatan yang berkaitan. | Lain-lain | 20.05.2017 |
Dekat mana saya boleh dapatkan info mengenai perubahan morfologi kata antara Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4? Terima Kasih. | Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat. | Lain-lain | 08.02.2018 |
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih. | Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain. | Lain-lain | 05.11.2016 |
Tuan, edisi terkini Kamus Pelajar terbitan DBP ialah berapa? | Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP, 2013 berharga RM22.00. | Lain-lain | 08.12.2014 |
Tuan, edisi terikini Kamus Pelajar terbitan DBP ialah berapa? | Kamus Pelajar Edisi Kedua terbitan DBP, 2013 berharga RM22.00. | Lain-lain | 08.12.2014 |