Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pendidikan: he had a private ~, dia mendapat pendidikan di sekolah swasta; a high standard of ~, taraf pendidikan yg tinggi; free ~, pendidikan percuma; elementary ~, pendidikan rendah; adult ~, pendidikan dewasa; higher ~, pendidikan tinggi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata education

Peribahasa

352

Give him an inch and he will take a yard

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
quality education at your doorstepKemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika berkaitan terjemahan, sila terjemahkan terlebih dahulu dan kami akan membuat semakan versi bahasa Melayu.Lain-lain12.08.2015
UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih.Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen.Lain-lain19.07.2012
Apakah terma dalam bahasa Malaysia yang paling sesuai dengan terma "education disengagement"?Cadangan padanan bagi istilah education disengagement dalam bahasa Melayu ialah pengunduran pendidikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.02.2025
Mohon dapatkan terjemahan bagi ‘Humanising Digital Education’. Adakah Menginsankan Pendidikan Digital adalah betul? terima KasihTerjemahan bagi Humanising Digital Education dalam bahasa Melayu, iaitu "Menginsankan Pendidikan Digital" betul.Lain-lain13.12.2021
Apakah terjemahan istilah "Open and Distance Digital Education" ke dalam Bahasa Melayu.Cadangan terjemahan bagi frasa Open and Distance Digital Education dalam bahasa Melayu ialah Pendidikan Digital Terbuka dan Jarak Jauh.Penyemakan dan penterjemahan13.03.2025
Saya ingin bertanyakan mana yang lebih sesuai bagi perkataan berikut:- Institute of Continuous Education and Professional Studies (ICEPS) atau Institute of Continuing Education and Professional Studies (ICEPS). Mohon pencerahan. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, kami hanya boleh mencadangkan teks atau tajuk dalam bahasa Melayu. Untuk teks atau tajuk yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, mohon tuan rujuk kepada pihak yang lebih berwibawa atau membuat rujukan di mana-mana kolej atau universiti supaya lebih jelas.
Lain-lain20.09.2019
Salam. Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai dan tepat bagi singkatan GCE (General Certificate of Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education), dan GDP (Gross Domestic Product). Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Walaikumussalam. Menurut data kami, GCE diterjemahkan sebagai Sijil Am Pelajaran (SAP); GDP diterjemahkan sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). GCSE tidak digunakan di Malaysia. Sijil peringkat sekolah menengah di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Namun begitu, kami mencadangkan padanan GCSE dalam bahasa Melayu ialah Sijil Am Pendidikan Menengah. Sekian. Terima kasih.Istilah15.09.2017
Salam, Saya ingin bertanya tentang istilah maksud dalam bahasa melayu sebenar merujuk kepada perkataan bahasa inggeris " Education for Sustainable Development" T.kasihIstilah bahasa Inggeris "Education for Sustainable Development" diberikan padanan pendidikan untuk pembangunan mampan dalam bahasa Melayu. Dari aspek bahasa, frasa pendidikan untuk pembangunan mampan bermaksud hal berkaitan pendidikan, ajaran, latihan ke arah kemampuan mengekalkan pencapaian atau prestasi baik dalam pembangunan. Untuk mendapatkan maksud sebenar hendaklah mengikut konteks, bidang dan wacana keseluruhan topik yang dibincangkan.Istilah17.11.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ada kekeliruan dengan istilah 'OUTCOMES BASED EDUCATION (OBE)'. BILA ditukarkan dalam bahasa melayu ada dua istilah yang biasa digunakan iaitu 'PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL' atau 'PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL'. Persoalan saya, mana istilah yang paling tepat untuk digunapakai. sekian terima kasihDalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi education ialah pendidikan. Perkataan pembelajaran terjemahan daripada perkataan learning.

Daripada rujukan tersebut, penggunaan yang sesuai ialah Pendidikan Berasaskan Hasil.
Penyemakan dan penterjemahan31.07.2018
Assalamualaikum wbt., Saya ingin bertanya DBP apa terjemahan dlm Bahasa Melayu utk '' Life skills based education for drug abuse prevention". Elakkan penggunaan perkataan Kemahiran hidup untuk "Life skills" kerana subjek Kemahiran Hidup (KH) sudah sedia ada di sekolah. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.eduKami mencadangkan frasa Life skills based education for drug abuse prevention diterjemahkan kepada Pendidikan berasaskan kemahiran hidup untuk pencegahan penyalahgunaan dadah. Kami berpendapat perkataan kemahiran hidup yang sesuai dengan konteks ayat tersebut kerana life tidak sesuai diterjemahkan kepada hayat atau nyawa dan skill sememangnya merujuk kepada kemahiran.Penyemakan dan penterjemahan18.06.2014
1234

Kembali ke atas